Posts

Showing posts from November, 2021

Sanusi Md Nor: Kegagalan Demi Kegagalan

Image
Walaupun Muhmmad Sanusi Md Nor lazimnya dikenali sebagai Menteri Besar Kedah, Sanusi lebih popular sebagai seorang pemimpin kelas ketiga yang sering memperbodohkan diri sendiri. Sanusi ini merupakan suatu liabiliti yang seringkali membawa aib kepada reputasi negeri Kedah yang telah banyak melahirkan tokoh-tokoh negara. Dalam kala dunia dilanda wabak Covid-19 yang telah membawa kematian kepada jutaan manusia, Sanusi dengan selambanya telah memperlekehkan keseriusan kekurangan kontena jenazah mangsa kematian. Biarpun Sanusi kemudiannya memohon maaf, kenyataan Sanusi adalah amat tidak wajar apatah lagi apabila dijadikan sebagai bahan jenaka. Sanusi seharusnya letak jawatan sahaja kerana dia lebih layak untuk bekerja seorang badut sarkas. Sebelum ini, ada ke patut Sanusi dengan lagaknya akui bahawa negeri Kedah telah menemui hasil bumi mencecah RM43 trillion? Kenyataan semberono ini dibuat tanpa sebarang fakta atau kajian sains yang menyeluruh. Padahal, nilai anggaran kasar yang dibuat pe