Posts

Showing posts from December, 2022

Teori Di Sebalik Syed Saddiq ‘U-Turn’ Sertai PH

Image
Kehadiran Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 28 November lalu, menguatkan khabar angin bahawa parti berkenaan sudah diterima masuk dalam gabungan berkenaan. MUDA menghantar permohonan rasmi untuk menyertai PH pada 10 September lalu. Namun tiada sebarang keputusan dibuat oleh badan kepimpinan tertinggi PH sehingga ke hari ini. MUDA bertanding enam kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu di bawah payung PH dan hanya mampu meraih 1 kerusi sahaja iaitu di Muar. Syed Saddiq sebelum ini keluar daripada PH dan membentuk MUDA sejurus Langkah Sheraton berlaku. Mengapa Syed Saddiq mahu kembali kepada PH semula selepas beberapa tahun? Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1032685/muda-diterima-sertai-ph MUDA dibentuk sekitar September 2020 tetapi masih belum mendapat sebarang bentuk sokongan yang meluas daripada segenap rakyat. Penduduk luar bandar khusus