Rakyat Tidak Lupa Tentang Razak Baginda

Kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 terus segar dalam sejarah Malaysia. Pembunuhan kejam terhadap wanita tersebut masih dikenang oleh rakyat negara ini. Malahan, kes berkenaan masih menjadi tanda tanya tentang mengapa penganalisis politik, Abdul Razak Baginda tidak berdepan hukuman sewajarnya. Dia didakwa terlibat dalam kes pembunuhan berkenaan namun dibebaskan dan cuma diarahkan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa. Dua lagi suspek anggota polis pula dijatuhi hukuman penjara selepas terbabit dalam pembunuhan kejam itu. SUMBER: https://alditta.blogspot.com/2011/06/for-razak-baginda-altantuya-scorpenes.html Abdul Razak pernah ditahan tetapi dibebaskan pada 2008. Dia kemudiannya tiba-tiba berhijrah ke United Kingdom (UK). Alasannya adalah menyambung pengajian di UK namun Abdul Razak sebenarnya cuba melarikan diri seketika daripada kes tersebut. Dia muncul semula di khalayak ramai pada 2015 dalam satu forum di Kuala Lumpur. Abdul Razak pasti beranggapan ba...