MUDA Gagal Tangani Krisis Sendiri



Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) melangkah masuk ke pentas politik Malaysia dengan lagak seorang penyelamat pada enam tahun lalu.

Penuh bersemangat dan mendakwa mereka adalah 'angin segar' yang bakal membawa pembaharuan kepada politik lama di negara ini.

Namun, parti itu hari ini berdepan pelbagai krisis dalaman yang merosakkan MUDA sedikit demi sedikit.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah ujian sebenar buat MUDA dan kelemahan parti itu dari awal lagi sudah terdedah seluas-luasnya. 



Kelemahan terbesar MUDA di Johor bukan sekadar soal jentera atau dana parti, namun lebih daripada itu.

MUDA gagal memahami denyut nadi belia Johor yang sebenar.

Majoriti belia Johor bukanlah anak muda liberal di kawasan bandar yang gemar berdebat di kafe-kafe yang memiliki kemudahan Internet.

Golongan belia di negeri itu adalah mereka yang risau tentang isu peluang pekerjaan, kos hidup, masalah agama dan Pendidikan

Kesemua isu itu memerlukan jawapan yang konkrit daripada mereka yang lebih berkuasa seperti MUDA.

Di negeri yang mengutamakan kepentingan kemajuan dalam pelbagai segi, retorik abstrak MUDA bukan sahaja tidak menarik malah menjengkelkan.

Sokongan MUDA terhad kepada segelintir anak muda bandar di kawasan yang mewah, menyebabkan kebanyakan golongan belia marhaen merasai jurang dengan parti berkenaan. 



Masalah sebenar MUDA mula timbul apabila pengasasnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disabitkan kesalahan penyalahgunaan dana parti dan pengubahan wang haram pada 2023.

Krisis itu membawa kepada peletakan jawatannya dalam MUDA dan Amira Aisya Aziz bertindak sebagai pemangku Presiden sebelum ini.

Kehilangan Syed Saddiq meninggalkan kekosongan yang besar kerana MUDA terlalu bergantung kepada beliau sebelum itu.

Ahli-ahli MUDA mula menunjukkan rasa tidak puas hati tentang arah tuju parti berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, keadaan parti itu bertambah buruk apabila Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi meletakkan jawatan pada 2025.

Peletakan jawatan tersebut bukan sahaja menjejaskan operasi parti, tetapi turut menimbulkan keraguan dalam kalangan ahli-ahli tentang kestabilan MUDA sebagai platform politik. 

SUMBER: https://harapandaily.com/2025/06/27/amir-hadi-sahkan-sudah-letak-jawatan-sua-muda-atas-alasan-peribadi/



Sebelum ini, bekas ketua cawangan Kluang, Johor, Shikh Mohd Farkhann mengatakan bahawa hala tuju MUDA semakin tidak jelas dan persepsi pengundi muda terhadap parti itu adalah negatif memandangkan entiti terbabit tidak memiliki pendirian konsisten.

Beliau juga menjangkakan MUDA akan menghadapi kesukaran untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Pemerhati politik turut meramalkan MUDA akan berdepan cabaran untuk memastikan parti itu terus relevan dalam mendepani PRU-16 kelak.

Antara krisis dihadapi oleh MUDA ketika ini adalah kurangnya pengalaman dalam kepimpinan parti.

Kebanyakan pemimpin MUDA terdiri daripada golongan muda yang bersemangat tetapi kurang berpengalaman.

Selepas Syed Saddiq meletakkan jawatan, Amira Aisya cuba menstabilkan parti itu namun kegagalan menyelesaikan isu-isu dalaman menyebabkan ramai ahli-ahli meletakkan jawatan. 

SUMBER: https://x.com/NewsBFM/status/2019739112912355330



MUDA gagal menjadi platform yang boleh dipercayai untuk golongan muda meneruskan kerjaya politik mereka.

Parti itu pernah menjanjikan ruang untuk anak muda berpolitik tanpa campur tangan parti tradisional, namun realitinya mereka gagal.

Peletakan jawatan Amir Hadi memberi bayangan bahawa beliau juga seolah-olah tidak yakin dengan masa depannya dalam parti itu.

Tambah memburukkan keadaan, MUDA sudah kehilangan daya tarikan dalam kalangan pengundi muda.

Situasi itu bertentangan dengan matlamat asal MUDA iaitu menjadi suara bagi generasi baharu.

Sebaliknya, parti-parti seperti Pakatan Harapan (PH) serta UMNO menawarkan struktur yang lebih stabil dan peluang untuk meneruskan kerjaya politik. 

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/07/07/unhappy-muda-members-even-have-trouble-leaving-party



Adakah rakyat mahu memilih parti yang tidak stabil seperti MUDA?

Rakyat perlu memilih parti yang berpengalaman dan stabil dalam membawa aspirasi rakyat.

Jika MUDA sendiri gagal menyelesaikan krisis dalaman mereka, bagaimana mahu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat?

Para pengundi Johor perlu bijak dalam memilih wakil rakyat dan sedar bahawa calon-calon MUDA bukanlah pilihan tepat untuk mengemudi masa depan negeri itu. 

Comments

Popular posts from this blog

Rakyat Tidak Lupa Tentang Razak Baginda

Razak Baginda Dakwa Pembunuhan Altantuya ' Kes Biasa'

Manipulasi Dan Permainan Kotor Mahathir