Posts

Showing posts from July, 2023

Retorik Perjuangan Tiada Hala Tuju Papagomo

Image
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo bukan nama asing dalam dunia politik tanah air. Banyak kontroversi melibatkan pemilik nama samaran Papagomo ini. Hendak kata memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat, tiada pula. Sekadar muncul di pelbagai platform media sosial dan menyebarkan agenda peribadinya. Sekejap menyokong pihak A, sekejap menyokong pihak B. Pendek kata, dia hanya mahu mencari publisiti diri sendiri dengan mencetuskan segala kontroversi. Papagomo pada 2018 pernah berhasrat mahu menarik balik hak mengundi kaum Cina dan India. Dia mendakwa mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membentuk kerajaan Bumiputera. Papagomo 'tidak menoleh kiri dan kanan' apabila mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Papagomo lupa bahawa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum? Untuk pengetahuan Papagomo, undian daripada semua kaum adalah penting untuk membentuk perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. Malah, undi daripada semua signifikan untuk memastikan keadi