Posts

Showing posts from November, 2022

Muhyiddin Cabar Kuasa Agong Dan Majlis Raja-Raja

Image
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan jumlah SD (Akaun Berkanun) yang diperoleh daripada Ahli Parlimen sebagai bukti Anwar meraih majoriti bagi membentuk kerajaan. Muhyiddin menegaskan PN mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selain menjadi Perdana Menteri ke-10. Muhyiddin juga dakwa kesemua dokumen sokongan sudah diserahkan kepada Istana Negara meskipun dinafikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tindakan Muhyiddin seolah-olah cuba menafikan kuasa yang dimiliki oleh YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri. Malahan Muhyiddin juga kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan YDPA sehingga membuat sidang akhbar pada hari sama Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/645596 https://malaysiagazette.com/2022/11/22/belum-terima-sd-agong-titah-rakyat-terima-apa-saha

PH Gagal Bawa Kemajuan Di Johor

Image
Johor sebelum ini diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) mengalami kegagalan sebelum diambil alih semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Mac lalu. Banyak kegagalan yang dilakukan oleh PH di Johor sehingga tiada kemajuan dicapai sepanjang tempoh pemerintahan parti berkenaan. Mujur, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dan rakyat Johor dapat bernafas semula di bawah kerajaan baharu. Sepanjang lapan bulan BN memerintah semula, banyak kemajuan berjaya dicapai oleh negeri itu dan kejayaan itu berkemungkinan besar akan terus berlaku dalam tahun-tahun mendatang sekiranya mandat terus diberikan kepada kerajaan ketika ini. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/rasmi-prn-johor-bn-menang-majoriti-dua-pertiga-bentuk-kerajaan-negeri-351486 Salah satu kegagalan kerajaan PH di Johor adalah tiadanya pelan ekonomi untuk rakyat negeri itu. Selain menjenamakan semula inisiatif kerajaan sebelum itu, tiada naratif ekonomi baharu diwujudkan atau ditawarkan oleh PH.Johor berjaya meningkatkan