Posts

Showing posts from June, 2023

Legasi Kemewahan Anak-Anak Tun Daim

Image
Apabila menyebut tentang bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, pasti kebanyakan daripada kita akan melihat dia sebagai sosok figura yang sentiasa berdiri di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad. Masakan tidak, mereka berdua memiliki sejarah yang panjang dalam politik. Semestinya, apabila memiliki sejarah yang panjang dalam politik, pastinya ada kontroversi yang melanda Tun Daim. Beberapa tahun lalu, nama Tun Daim dan ahli keluarganya terpalit dalam skandal Kertas Pandora. Namun, pendedahan Kertas Pandora terhadap Tun Daim dan keluarganya tidaklah mengejutkan kerana ramai yang mengetahui rahsia kekayaan bekas Menteri Kewangan itu. Sumber: https://ikram.org.my/watak-pandora/ Tun Daim sebelum ini dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan duit berbilion ringgit milik keluarganya di luar negara. Bayangkan anak-anak Tun Daim seawal usia 9 dan 12 tahun sudah memiliki firma di Kepulauan Virgin Britain. Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainu