Mahathir Penggadai Kedaulatan Negara
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengecam orang Eropah. Dia menganggap orang Eropah adalah perintis hak asasi manusia sebelum ini. Mahathir menyifatkan mereka sebagai hipokrit dan hilang rasa hormat kepada orang Eropah. Namun, ada seorang individu pada 2019 cuba untuk memaksa Malaysia meratifikasikan Statut Rom yang dilaksanakan oleh orang Eropah. Tindakan individu itu telah menyebabkan berlaku tunjuk perasaan dan pertikaian oleh pelbagai pihak tentang kedaulatan negara ini. Individu tersebut adalah Mahathir sendiri. SUMBER: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1723699 Adakah Mahathir sedar ketika itu bahawa kedaulatan negara akan terjejas sekiranya Malaysia meratifikasi Statut Rom? Statut Rom akan memberi kuasa kepada pihak luar untuk mengadili pemimpin atau rakyat Malaysia. Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berpotensi mengganggu urusan dalaman dan membolehkan pihak luar campur tangan dalam isu negara. Mahathir seolah-ol...