Posts

Showing posts from October, 2023

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Image
PAS sejak akhir-akhir ini dilihat kerap 'bersama' bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bermula daripada PAS menyatakan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu sehinggalah PAS dikhabarkan akan mencalonkan Mahathir sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman. Malah, PAS di bawah payung Perikatan Nasional (PN) turut melantik Mahathir sebagai penasihat tidak rasmi di empat negeri pemerintahan parti berkenaan. Nampaknya, PAS semakin bergantung kepada Mahathir untuk memperluaskan sokongan dan 'kekuatan' parti itu. Mungkin PAS melihat mereka tidak boleh bergantung kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa panji Perikatan Nasional susulan pengaruhnya yang kian berkurangan. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1152910/4-negeri-pn-gabung-satu-kumpulan-dr-mahathir-penasihat Muhyiddin juga masih terpalit dengan tiga pertuduhan kes Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).