Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS


PAS sejak akhir-akhir ini dilihat kerap 'bersama' bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bermula daripada PAS menyatakan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu sehinggalah PAS dikhabarkan akan mencalonkan Mahathir sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Malah, PAS di bawah payung Perikatan Nasional (PN) turut melantik Mahathir sebagai penasihat tidak rasmi di empat negeri pemerintahan parti berkenaan.

Nampaknya, PAS semakin bergantung kepada Mahathir untuk memperluaskan sokongan dan 'kekuatan' parti itu.

Mungkin PAS melihat mereka tidak boleh bergantung kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa panji Perikatan Nasional susulan pengaruhnya yang kian berkurangan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1152910/4-negeri-pn-gabung-satu-kumpulan-dr-mahathir-penasihat


Muhyiddin juga masih terpalit dengan tiga pertuduhan kes Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Meskipun Muhyiddin dilepas dan dibebaskan atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi BERSATU, namun kes berkenaan mencalarkan imej PAS yang mahu membawa imej 'parti bersih'.

Namun, keputusan PAS untuk mendekati Mahathir menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan pemerhati politik.

Apakah motif sebenar PAS dalam membuat keputusan ini? Adakah semata-mata untuk kepentingan politik atau ada agenda lain yang mungkin kita tidak ketahui?

Perubahan pendirian oleh PAS menunjukkan ketidakstabilan ideologi dan prinsip yang diamalkan oleh parti berkenaan.

PAS juga nampaknya seolah-olah menggunakan Mahathir untuk kepentingan politik mereka pada masa jangka pendek.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/273880/berita/semasa/peguam-muhyiddin-yakin-tiga-lagi-kes-akan-digugurkan


Meskipun PAS menafikan Mahathir bakal menjadi calon mereka untuk PRK Kemaman, namun penafian itu tidak dilihat kukuh.

Kenyataan dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar hanya menyatakan tiada perbincangan dibuat setakat ini.

Maka, berlaku kemungkinan Mahathir boleh dicalonkan oleh PAS dalam PRK berkenaan.

Namun, adakah PAS berani untuk berdepan dengan risiko mencalonkan seseorang yang pernah kalah teruk sehingga hilang wang deposit di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebelum ini?

Soalnya, masih laratkah Mahathir untuk menjadi wakil rakyat dengan usianya yang sudah hampir 100 tahun?

Mahathir akan hanya akan memalukan PAS dengan ketidakupayaannya menjadi wakil rakyat pada usia sebegitu.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/04/pas-letak-dr-m-jadi-calon-di-kemaman/


Kerjasama PAS dan Mahathir bukan terjadi baru-baru ini, malah pernah berlaku sebelum ini.

Mahathir pernah 'menggunakan' PAS untuk menjatuhkan bekas Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman ekoran pemecatannya dari parti tersebut.

Mahathir dan PAS ketika itu menyerang Tunku Abdul Rahman namun selepas Mahathir masuk kembali ke dalam UMNO, dia beralih membidas PAS semula.

Mahathir juga pernah menyarankan PAS agar dibubarkan ekoran persengketaan yang 'panas' pada era 1980-an.

Mahathir turut mendakwa perpecahan umat Islam di negara ini tercetus angkara politik PAS yang taksub dengan ajaran pemimpin dan parti berkenaan

Maka apa yang kita lihat hari ini, pernah berlaku sebelum ini.

Tidak mustahil Mahathir akan kembali menyerang PAS pada masa akan datang.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2023/10/05/al-kisah-mahathir-dan-pas/


Kerjasama PAS dan Mahathir bukanlah satu penyatuan yang 'ikhlas' serta dibuat atas dasar agenda politik peribadi.

Tidak mustahil, Mahathir akan menikam belakang PAS, begitu juga sebaliknya.

Namun, apa yang jelas, kedua-dua pihak terdesak untuk kekal relevan di mata rakyat.

Maka, Mahathir dan PAS terpaksa melupakan sebarang 'kisah persengketaan' buat sementara waktu.

Persoalannya, selama mana kerjasama ini boleh bertahan?

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan