Rakyat Tidak Lupa Tentang Razak Baginda
Kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 terus segar dalam sejarah Malaysia.
Pembunuhan kejam terhadap wanita tersebut masih dikenang oleh rakyat negara ini.
Malahan, kes berkenaan masih menjadi tanda tanya tentang mengapa penganalisis politik, Abdul Razak Baginda tidak berdepan hukuman sewajarnya.
Dia didakwa terlibat dalam kes pembunuhan berkenaan namun dibebaskan dan cuma diarahkan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa.
Dua lagi suspek anggota polis pula dijatuhi hukuman penjara selepas terbabit dalam pembunuhan kejam itu.
SUMBER: https://alditta.blogspot.com/2011/06/for-razak-baginda-altantuya-scorpenes.html
Abdul Razak pernah ditahan tetapi dibebaskan pada 2008. Dia kemudiannya tiba-tiba berhijrah ke United Kingdom (UK).
Alasannya adalah menyambung pengajian di UK namun Abdul Razak sebenarnya cuba melarikan diri seketika daripada kes tersebut.
Dia muncul semula di khalayak ramai pada 2015 dalam satu forum di Kuala Lumpur.
Abdul Razak pasti beranggapan bahawa rakyat telah melupakan tentang penglibatannya dalam kes berkenaan namun dia silap.
Ingatan rakyat masih kuat tentang pembunuhan berkenaan kerana berlaku dengan sangat kejam.
Malahan, media-media di negara ini turut membangkitkan tentang kes tersebut dari masa ke semasa.
Abdul Razak tidak boleh lari daripada bayangan kes tersbeut meskipun dua suspek lain telah dihukum penjara.
Dia tetap bersalah kerana mengarahkan pembunuhan berkenaan. Mengapa Abdul Razak berniat mengarahkan pembunuhan tersebut?
SUMBER: https://majoriti.com.my/berita/2024/07/11/mahkamah-tinggi-putuskan-razak-baginda-bersubahat-diarah-bayar-rm5-juta-kepada-keluarga-altantuya
Laporan audit forensik LCS yang disedikan untuk Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) memetik nama Abdul Razak sebagai individu menggunakan kaedah tidak beretika dalam perolehan dua kapal selam Scorpene.
Selain Razak, pembuat kapal Perancis, DCNS kini dikenali sebagai Naval Group turut terpalit dengan kontroversi itu.
Laporan itu mendakwa bahawa di bawah perjanjian kapal selam tersebut, pegawai kerajaan Malaysia iaitu Abdul Razak menyasarkan untuk mendapatkan pembayaran sebanyak RM514 juta melalui syarikat swasta Perimekar Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan dikatakan dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak.
Namun berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Abdul Razak tidak disenaraikan sebagai pengarah dalam Perimekar.
Justeru, siapakah pengarah syarikat berkenaan kalau pemiliknya bukan Abdul Razak?
SUMBER: https://www.thevibes.com/articles/news/69715/razak-baginda-dcns-lcs-nightmare-repeat-of-scorpene-scandal
Pemegang saham utama Perimekar adalah KS Ombak Laut Sdn Bhd.
Pengarah KS Ombak Laut adalah isteri kepada Abdul Razak iaitu Mazlinda Makhzan serta anak perempuannya, Rowena Abdul Razak.
Mazlinda telah menjadi pengarah syarikat berkenaan sejak 2001 manakala Rowena memegang jawatan tersebut sejak 2010.
Dua wanita tersebut turut memiliki pegangan majoriti saham dalam KS Ombak Laut.
Sebanyak 114 juta euro didakwa telah dibayar sebagai 'yuran rundingan' oleh DCNS kepada Perimekar.
Yuran rundingan berkenaan didakwa menjadi punca utama model Mongolia, Altantuya Shaariibbuu dibunuh oleh Abdul Razak.
Altantuya didakwa mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran sebanyak AS$500,000 daripada yuran berkenaan.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/194290
Nama Abdul Razak Baginda akan selalu terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia sampai bila-bila.
Dia akan dikenang sebagai manusia tidak berhati perut yang sanggup melakukan pembunuhan terhadap seorang wanita tidak berdosa.
Abdul Razak kerap kali mendakwa dia tidak bersalah namun semua itu hanyalah palsu.
Motif Abdul Razak untuk melakukan pembunuhan sangat kuat dan dia sepatutnya menerima hukuman sewajarnya.
Apa yang paling penting, rakyat tidak akan lupa siapa Abdul Razak Baginda.
Comments
Post a Comment