Posts

Showing posts from April, 2023

Annuar Zaini Guna ‘Kabel’, Luas Pengaruhnya

Image
Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini mempunyai pengaruh yang kuat dalam Istana Perak. Sebagai penasihat Sultan Perak, ramai yang takut dan benci dengan Mohd Annuar kerana menggunakan pengaruhnya untuk kepentingan peribadi. Dia dikenali sebagai pemain boneka di Perak dan mengatur pelbagai rancangan untuk memperluaskan kuasanya tanpa sebarang tindakan daripada mana-mana pihak. Kebal sungguh Mohd Annuar, menggunakan imuniti yang diberikan pada dirinya untuk membuat sesuka hatinya. Kalau diteliti konflik yang terjadi di Perak, semuanya perancangan teliti Mohd Annuar. Mohd Annuar ini bekas Pengerusi Bernama. Maknanya dia memiliki pengalaman dalam bidang media. Makanya, semua naratif yang memihak kepada dia, boleh dimanipulasi sebegitu sahaja tanpa ada mana-mana pihak memberi kecaman kepada dirinya. Namun, beliau pernah 'kantoi' membuat kesilapan dalam memberikan kenyataan. Mohd Annuar sebelum ini dikecam kerana memfitnah kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional bere