Posts

Showing posts from April, 2024

Mukhriz Wajar Disiasat

Image
Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya turut disiasat oleh pihak berkuasa berhubung kegiatannya dalam urusan jual beli tanah dan tender kerajaan. Bukan sahaja Mirzan dan Mokhzani yang menerima keistimewaan daripada Mahathir, malahan Mukhriz juga turut mendapat 'manfaat' ketika bapanya menjadi Perdana Menteri. Mukhriz semestinya panas punggung ketika ini apabila dua adik beradiknya berada dalam siasatan pihak berkuasa. Dia lebih banyak menyakau aset negara ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dan pencapaiannya dalam politik hanya disokong gara-gara pengaruh bapanya. Mukhriz merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Opcom Holdings Berhad. Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam firma tersebut. Sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad tular di media sosial sebelum ini. Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan