Mahathir dan Kontroversi
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah lari daripada kontroversi. Ada sahaja kontroversi atau skandal yang dikaitkan dengan Mahathir. Pepatah mengatakan, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau dia tidak buat, mana mungkin orang lain akan bercakap. Namun, Mahathir sangat licik menyembunyikan perbuatannya dan kerap kali menafikan segala skandal yang terpalit dengan namanya. Mahathir bagaimanapun tidak boleh lari selama-lamanya. Banyak bukti bertebaran di media sosial tentang 'kejahatan' Mahathir terutamanya ketika menjadi Perdana Menteri. Mahathir pernah meluluskan empat syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negara ketika menjadi PM7. Satu dokumen dengan kepala surat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli bertarikh 29 November 2018 meluluskan permit import (AP) pengeksportan pasir ke luar negara. Dalam surat itu turut tertulis, Mahathir telah bersetuju untuk meluluskan AP bagi pengeksportan pasir sungai ke luar negara membab...