Posts

Showing posts from June, 2025

Manipulasi Dan Permainan Kotor Mahathir

Image
Ramai sedia maklum bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad gemar memutar belit dan memanipulasi rakyat demi kepentingan peribadinya. Mahathir akan menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk memastikan sentimen rakyat berpihak kepadanya. Kalau sesuatu perkara buruk mencemarkan namanya, Mahathir akan terus bermain isu lain untuk mengalihkan perhatian rakyat. Betapa liciknya Mahathir semata-mata untuk memperlihatkan dirinya tampak suci di hadapan orang ramai. Salah satu manipulasi Mahathir yang sehingga kini masih menjadi ingatan rakyat adalah tentang Adam Jaafar atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam. Kisah Prebet Adam mengamuk di sekitar bandar raya Kuala Lumpur pada 1987 disifatkan sebagai antara tragedi berdarah dalam lipatan sejarah negara ini. Prebet Adam dikatakan tertekan dengan penderaan fizikal dan mental yang dilaluinya ketika menjadi tentera. Namun, wujud dakwaan bahawa Prebet Adam mengamuk kononnya Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar dari Johor te...