Posts

Showing posts from January, 2022

Syed Saddiq 'Menghilang' Ketika Muar Dilanda Banjir

Image
Katanya, Ahli Parlimen (MP) Muar Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin politik baru yang dapat membawa suara rakyat. Rupa-rupanya, hanya luahan rakyat yang sensasi dikongsikan Saddiq di laman media sosial. Tahukah anda bahawa Muar kini sedang dilanda banjir yang amat teruk? Meskipun tidak ada penurunan hujan yang luar biasa, kejadian banjir ini adalah berpunca daripada limpahan air di Sungai Muar. Kira-kira 300 rumah penduduk ditenggelami air banjir sedalam hampir empat meter. Beberapa jalan utama juga terputus sehinggakan penduduk kampung terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara yang berdekatan. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/908960/muar-banjir-teruk-walaupun-tak-hujan Sebenarnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor telah meramalkan banjir di Muar seawal 31 Disember lagi. Ramalan ini dibuat susulan hujan lebat yang boleh mengakibatkan limpahan sungai-sungai utama seperti di Muar. Sumber: https://www.malaysianow.com/berita/2021/12/31/jps-rama...

MUDA DAN ILLUMINATI: APA KAITAN MEREKA?

Image
Tempoh hari, satu gambar viral telah dimuat naik ke media sosial berkaitan dengan Parti MUDA. Ia memaparkan gambar Pengerusi MUDA Johor memakai baju kemeja T yang berslogan “illumudati”. Ini merupakan permainan kata Illuminati, iaitu pertubuhan rahsia yang cuba bermatlamat menguasai dunia melalui cara-cara halus. Mungkin pemimpin MUDA ingat ini semua adalah gurauan. Mana mereka tahu bahawa Illuminati ini adalah pertubuhan rahsia yang cuba menguasai dunia melalui tindakan secara rahsia? Adakah MUDA sebenarnya hasil salah satu program rahsia Illuminati untuk cuba mengucar-kacirkan landskap politik di negara ini? Apa-apa pun, tidak wajar untuk MUDA memperlekehkan kerisauan dan keraguan rakyat terhadap agenda sebenar mereka. Katanya untuk orang muda, tapi kenapa tak habis-habis dipengaruhi institusi rahsia yang sudah wujud berkurun-kurun? Di manakah ideologi dan prinsip pemimpin MUDA? Kita perlu tahu bahawa agenda sebenar MUDA adalah untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia melalui menyebarka...