Posts

Showing posts from August, 2022

Syed Saddiq, Tunai Janji Lama Dahulu

Image
Baru-baru ini, Syed Saddiq menerusi parti MUDA melancarkan kempen Malaysia Maju. Nak terangkan lebih ringkas, kempen itu dijalankan oleh MUDA untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan mendapatkan pungutan suara rakyat tentang isu membelenggu mereka ketika ini. Baguslah usaha itu, namun perlu berhati-hati kalau yang berkata-kata itu adalah Syed Saddiq. Tabur pelbagai janji, namun hasilnya kosong. Bukan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/muda-lancar-inisiatif-malaysia-maju-372723 Pertama, peluang pekerjaan. Mana perginya janji Syed Saddiq untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun? Bahkan pengangguran ketika zaman Pakatan Harapan (PH) meningkat sebanyak lebih 1 juta. Anak muda di Malaysia tidak mendapat peluang pekerjaan yang lebih mampan, malah lebih teruk lagi apabila graduan kita terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura. Syed Saddiq pula masih sempat untuk membuka francais Santan baharu beli