Posts

Showing posts from February, 2022

Parti MUDA Tidak Boleh Dipercayai

Image
Kerelaan Syed Saddiq dan Parti MUDA untuk bertembung dengan Parti Keadilan Rakyat di DUN Larkin menunjukkan kesanggupan mereka untuk menikam belakang “sekutunya” dan mendedahkan kepada rakyat bahawa MUDA tidak boleh dipercayai. Tengoklah apa yang jadi! Kata tak nak bertembung dengan rakan sepakat tapi akhirnya tetap bertembung! Macam mana nak percayai parti yang sudah mula membohong sedangkan belum bertanding lagi dalam pilihanraya? Kebelakangan ini, tidak boleh dinafikan bahawa MUDA telah mengambil kesempatan untuk menyakitkan hati sekutu-sekutu mereka. Walaupun MUDA diasaskan dengan idealisme yang menarik perhatian orang ramai, khususnya golongan belia, mereka kini terpalit dalam masalah-masalah pilihan mereka sendiri. Jadi, Syed Saddiq tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kecuali dirinya sendiri. Senang kot, kalau nak bertanding lebih kerusi, tak payah lah menunjuk sikap keangkuhan dan mintak kawasan kubu parti lain! Adakah MUDA ingat ia dapat memenangi semua kerusi mereka denga