Posts

Showing posts from January, 2023

PAS Lidah Bercabang, Cakap Tak Serupa Bikin

Image
Seorang Menteri Besar Perikatan Nasional (PN) dikatakan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila didakwa terlibat dalam skandal penyelewengan dana kerajaan bernilai RM95.2 bilion. Kerajaan negeri pimpinan PN ini bukanlah banyak, hanya ada empat negeri sahaja. Kesemuanya diperintah oleh PAS. Bolehlah anda selidik sendiri siapakah Menteri Besar yang dimaksudkan itu. Semasa darurat zaman pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan tidak mengikut lunas yang sah mengikut Perlembagaan. Nak tanya kepada PAS, apakah itu tindakan menyakau atau sekadar mengambil komisen? Bukan apa, apabila pihak lain terpalit skandal sama, PAS gelar mereka sebagai perasuah dan penyakau tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri, dilabel komisen. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=p14y1TGvOVw Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa takrif rasuah perlu dikaji dari sudut pandangan Islam yang seben