Posts

Showing posts from January, 2024

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Image
Seorang ahli Majlis Tertinggi PPBM pada 2021 menggesa agar siasatan dijalankan terhadap dana haram rahsia UMNO. Muhammad Faiz Na'aman berkata, dakwaan berhubung akaun bank rahsia itu akan memberi kesan kepada bekas Presiden UMNO dan merupakan pengkhianatan kepada ahli-ahli UMNO, lapor Malaysiakini. Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendakwa wang tersebut disimpan dalam akaun rahsia yang tidak diaudit, digunakan bagi tujuan menerima dana politik dan melanggar peruntukan Akta Pertubuhan. Muhammad Faiz dipetik sebagai berkata, fakta bahawa akaun itu wujud sejak 1988 akan memberi kesan kepada bekas-bekas Presiden UMNO. Pada masa itu, Dr. Mahathir Mohamad adalah Presiden UMNO. Muhammad Faiz Na'aman menggegarkan dunia politik tempatan selepas Ahli Majlis Tertinggi PPBM tersebut menggesa agar satu siasatan terhadap dana haram politik yang disimpan dalam akaun rahsia tidak diaudit oleh UMNO sejak 1988. Dakwaan itu membabitkan Tun Mahathir kerana ketika itu, beliau adalah Presiden UMNO man