Posts

Showing posts from February, 2024

PAS Biadab, Mahu Terus Jatuhkan Kerajaan

Image
PAS nampaknya cuba bermain api dengan mengatakan saranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung perubahan kerajaan adalah pandangan peribadi baginda. YDPA bertitah sekiranya mahu bermain politik atau cuba mengubah kerajaan, perlu tunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16. Titah baginda itu ada asasnya kerana ketika pemerintahan Sultan Pahang sebagai YDPA ke-16 sebelum ini, negara menyaksikan tiga kali perubahan kerajaan dalam tempoh lima tahun. Sultan Pahang sendiri mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan menggesa semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang, berganding bahu semula serta mengetepikan perbezaan politik. Disebabkan itu, YDPA ke-17 iaitu Sultan Ibrahim mahu semua pihak lebih fokus kepada kesejahteraan rakyat dan kurangkan bermain politik. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/697466 Membuat dakwaan bahawa titah YDPA hanya sekadar 'pandangan peribadi' menunjukkan sikap biadab PAS terhadap institusi diraja. PAS seolah-olah tidak men