Posts

Showing posts from March, 2023

Hassan Karim Lantang Tidak Bertempat

Image
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila tetap menyampaikan kuliah mingguannya di Terengganu. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebelum ini melarang masjid dan surau dijadikan sebagai tempat untuk menyampaikan ceramah politik. Langkah itu dibuat bagi menjaga kesucian rumah ibadah berkenaan serta memastikan tiada unsur politik dibawa masuk ke dalam masjid dan surau. MAIDAM juga mengatakan penceramah perlu mempunyai tauliah yang diluluskan oleh MAIDAM. Namun, Abdul Hadi mengatakan tiada salah untuk menyampaikan ceramah politik di masjid dan surau. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terengganu-larang-program-unsur-politik-di-masjid-surau-409151 https://www.malaysiakini.com/news/657335 Kenyataan Abdul Hadi mendapat sokongan daripada ahli Parlimen PKR, Hassan Karim. Hassan sendiri mengakui bahawa Abdul Hadi boleh menyampaikan ceramah politik asalkan bukan di masjid dan surau. Namun, Abdul Hadi berdegil menyam...

Pembangunan Bangsa Bukan Terletak Pada ‘Kurang Ajar’

Image
Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd. Aziz baru-baru ini memuat naik ciapan di laman Twitter peribadinya tentang sajak karyawan terkemuka Malaysia, Usman Awang. Amira Aisya memetik kata-kata Usman Awang 'suatu bangsa tidak menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar'. Perkataan 'kurang ajar' dalam peradaban Melayu khususnya sangat besar konteksnya. Masyarakat Melayu amat menghargai nilai-nilai sopan santun dan adab. Bagi masyarakat Melayu, menunjukkan perilaku kurang sopan dianggap sebagai perbuatan buruk dan tidak bertanggungjawab. Sikap kurang agar terhadap orang lain akan mencetuskan konflik serta ketidakharmonian dalam masyarakat. Maka, atas dasar itu, masyarakat Melayu amat menegah sikap kurang ajar. Sumber: https://twitter.com/_amiraaisya/status/1626692142197362714 Pembangunan bangsa bukan sahaja berteraskan kepada sikap 'kurang ajar' yang dimaksudkan oleh Amira Aisya. Banyak lagi faktor penting yang mendorong kepa...