Posts

Showing posts from February, 2023

Ironi Perkauman MUDA

Image
Ahli-ahli parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) apabila bercakap tentang sesuatu isu, mereka antara yang 'juara'. MUDA banyak kali bercakap soal keagamaan dan perkauman. Mereka mendakwa memperjuangkan isu perbezaan perkauman sebagai asas penubuhan parti itu. Namun, banyak kali juga MUDA 'bercakap di depan cermin'. Bukan sahaja cakap tidak serupa bikin, malah asas perjuangan mereka juga sebenarnya kabur dan tiada hala tuju jelas. Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/11/perjuangan-muda-kabur-hala-tuju-fokus-kata-pakar/ Pengasas bersama parti itu, Lim Wei Jiet pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Dasar Ekonomi Baharu (DEB) hanya berasaskan kaum. Dakwanya, DEB 'membenarkan' projek dan kuota diberikan mengikut warna kulit. Sebenarnya, mesej yang cuba disampaikan oleh Wei Jiet adalah DEB hanya mementingkan golongan Melayu dan Bumiputera. Kenyataan Wei Jiet itu adalah tidak benar pada asasnya. Men