Naratif Melayu Mahathir Tidak Berjaya

 

Sepanjang 2025, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap kali memainkan naratif berkaitan Melayu.

Walaupun dia cuba menaburkan pelbagai tuduhan atau dakwaan berkaitan nasib orang Melayu, namun naratif yang dimainkan gagal menemui 'kejayaan'.

Mahathir sebenarnya cuba kekal relevan dengan permainan naratif Melayu.

Namun, dia tidak sedar bahawa naratif tersebut tidak lagi relevan dan orang Melayu sendiri sudah muak dengan permainan Mahathir.

Terdapat beberapa naratif dan isu tentang orang Melayu yang dimainkan oleh Mahathir sepanjang 2025. 

Pada Februari 2025, Mahathir mendakwa parti-parti Melayu kian hilang arah dan wakil rakyat Melayu lebih mengutamakan kepentingan peribadi serta tidak mengambil peduli masa depan generasi akan datang.

Mahathir mendakwa perjuangannya bukan bertujuan merampas hak orang lain, tapi untuk mempertahankan hak orang Melayu.

Namun, sebenarnya, Mahathir hanya cuba menyebarkan naratif berkenaan bagi melemahkan lawan politiknya dan memastikan dia berada di hadapan mereka dari segi sokongan rakyat.

Pada Mac 2025, Mahathir bermain naratif cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) akan menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa politik.

Dia mendakwa kononnya penduduk Melayu yang diagihkan di antara pangsapuri di lokasi-lokasi lain secara kurang sistematik dan tidak lagi dapat hidup bersama akan menjejaskan kuasa politik mereka.

Mahathir turut mendakwa pemisahan kaum akan semakin meluas dan jumlah penduduk Melayu dalam bandar akan berkurangan.

Dia sekali lagi hanya mahu menyebarkan kebencian terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggakan dibutakan oleh fakta bahawa kerajaan sendiri telah menambah baik soal pampasan berhubung URA. 

SUMBER: https://harapandaily.com/2025/03/11/ura-mahathir-blinded-by-hatred-against-pmx-says-dap-lawmaker/

Pada bulan yang sama, Mahathir cuba kekal relevan dengan memainkan naratif Melayu yang dangkal.

Mahathir mendakwa tindakan kerajaan menutup GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sebagai membunuh perniagaan Melayu Islam.

Walhal, syarikat itu sudah sekian lama berselindung di sebalik ajaran sesat dan Mahathir sendiri pernah terbabit dalam program-program dianjurkan oleh GISBH sebelum ini.

Pada April 2025, Mahathir mendakwa semua rakyat berada dalam ketakutan sekarang kerana kononnya tiada lagi kebebasan bersuara terutamanya melibatkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Sepatutnya Mahathir sebagai veteran politik, perlu menyokong usaha kerajaan dalam menangani sebarang hantaran atau kenyataan berbaur hasutan terhadap isu 3R khususnya ketika pilihan raya yang berlaku Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada April lalu.

Malah, kes seperti kesilapan akhbar Sin Chew Daily menerbitkan Jalur Gemilang yang salah patut dielakkan menerusi tindakan tegas.

Dia turut menyebarkan hasutan bahawa kerajaan melindungi segelintir individu yang berdepan kes mahkamah tetapi mendapat jawatan dalam pentadbiran.

Sedangkan dia sendiri pernah melantik seseorang seperti Lim Guan Eng yang mempunyai kes mahkamah ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh. 

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/04/3r-sudah-tidak-relevan-jadi-bahan-kempen/

https://malaysiagazette.com/2025/04/16/salah-jalur-gemilang-berkait-isu-3r-perlu-ambil-tindakan-segera-mcca/

Pada Jun 2025, Mahathir sekali lagi cuba menunjukkan dirinya sebagai wira orang Melayu.

Dia menubuhkan sekretariat Melayu atas alasan untuk menyelamatkan kaum Melayu.

Mahathir mendakwa orang Melayu belum ada pejuang yang khusus dan hanya orang Melayu yang mampu menyelamatkan kaum berkenaan.

Dia bagaimanapun mempunyai agenda tersendiri untuk melemahkan parti Melayu lain seperti UMNO.

Mahathir menggunakan alasan penubuhan sekretariat untuk menarik keluar ahli-ahli UMNO daripada parti berkenaan.Pada November 2025, Mahathir mendakwa Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART 2025) yang ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) adalah berat sebelah dan memihak kepada kuasa luar.

Mahathir sekali lagi cuba mencipta naratif kebencian kepada kerajaan dengan menuduh perjanjian itu melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak Melayu dan Bumiputera.

Namun, dakwaan itu hanya satu lagi bentuk tindakan kebencian Mahathir terhadap kerajaan.

Beberapa kali kerajaan memberi penjelasan bahawa hak Bumiputera dilindungi dalam perjanjian tersebut.

Malahan, tiada klausa dalam perjanjian tersebut yang memberikan keistimewaan dan hak kaum Bumiputera kepada syarikat AS. 

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/745271

https://www.malaysiakini.com/news/745456

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2501340

Naratif Melayu banyak dimainkan namun tiada satu pun yang berhasil memikat hati rakyat khususnya orang Melayu.

Orang Melayu tidak memerlukan pemimpin bermain naratif semata-mata seperti Mahathir.

Mahathir sudah lama berkuasa di negara ini tetapi dia hanya membantu golongan elit dan kroni sahaja.

Mata rakyat Malaysia tidak buta, masing-masing sudah memiliki pemikiran yang lebih bernas untuk menilai siapakah Mahathir yang sebenarnya.

Mahathir perlu berhenti bermain naratif sama bermula tahun depan.

Naratif lapuk seperti perjuangan untuk Melayu tidak lagi berhasil, dia hanya membuang masa sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Rakyat Tidak Lupa Tentang Razak Baginda

Razak Baginda Dakwa Pembunuhan Altantuya ' Kes Biasa'

Mengapa Razak Baginda Mengunci Mulut?