Posts

Showing posts from December, 2025

Naratif Melayu Mahathir Tidak Berjaya

Image
  Sepanjang 2025, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap kali memainkan naratif berkaitan Melayu. Walaupun dia cuba menaburkan pelbagai tuduhan atau dakwaan berkaitan nasib orang Melayu, namun naratif yang dimainkan gagal menemui 'kejayaan'. Mahathir sebenarnya cuba kekal relevan dengan permainan naratif Melayu. Namun, dia tidak sedar bahawa naratif tersebut tidak lagi relevan dan orang Melayu sendiri sudah muak dengan permainan Mahathir. Terdapat beberapa naratif dan isu tentang orang Melayu yang dimainkan oleh Mahathir sepanjang 2025.  Pada Februari 2025, Mahathir mendakwa parti-parti Melayu kian hilang arah dan wakil rakyat Melayu lebih mengutamakan kepentingan peribadi serta tidak mengambil peduli masa depan generasi akan datang. Mahathir mendakwa perjuangannya bukan bertujuan merampas hak orang lain, tapi untuk mempertahankan hak orang Melayu. Namun, sebenarnya, Mahathir hanya cuba menyebarkan naratif berkenaan bagi melemahkan lawan politikn...