Posts

Showing posts with the label Muhyiddin Yassin

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Image
Seorang ahli Majlis Tertinggi PPBM pada 2021 menggesa agar siasatan dijalankan terhadap dana haram rahsia UMNO. Muhammad Faiz Na'aman berkata, dakwaan berhubung akaun bank rahsia itu akan memberi kesan kepada bekas Presiden UMNO dan merupakan pengkhianatan kepada ahli-ahli UMNO, lapor Malaysiakini. Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendakwa wang tersebut disimpan dalam akaun rahsia yang tidak diaudit, digunakan bagi tujuan menerima dana politik dan melanggar peruntukan Akta Pertubuhan. Muhammad Faiz dipetik sebagai berkata, fakta bahawa akaun itu wujud sejak 1988 akan memberi kesan kepada bekas-bekas Presiden UMNO. Pada masa itu, Dr. Mahathir Mohamad adalah Presiden UMNO. Muhammad Faiz Na'aman menggegarkan dunia politik tempatan selepas Ahli Majlis Tertinggi PPBM tersebut menggesa agar satu siasatan terhadap dana haram politik yang disimpan dalam akaun rahsia tidak diaudit oleh UMNO sejak 1988. Dakwaan itu membabitkan Tun Mahathir kerana ketika itu, beliau adalah Presiden UMNO man...

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Image
PAS sejak akhir-akhir ini dilihat kerap 'bersama' bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bermula daripada PAS menyatakan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu sehinggalah PAS dikhabarkan akan mencalonkan Mahathir sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman. Malah, PAS di bawah payung Perikatan Nasional (PN) turut melantik Mahathir sebagai penasihat tidak rasmi di empat negeri pemerintahan parti berkenaan. Nampaknya, PAS semakin bergantung kepada Mahathir untuk memperluaskan sokongan dan 'kekuatan' parti itu. Mungkin PAS melihat mereka tidak boleh bergantung kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa panji Perikatan Nasional susulan pengaruhnya yang kian berkurangan. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1152910/4-negeri-pn-gabung-satu-kumpulan-dr-mahathir-penasihat Muhyiddin juga masih terpalit dengan tiga pertuduhan kes Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA). ...

PAS Lidah Bercabang, Cakap Tak Serupa Bikin

Image
Seorang Menteri Besar Perikatan Nasional (PN) dikatakan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila didakwa terlibat dalam skandal penyelewengan dana kerajaan bernilai RM95.2 bilion. Kerajaan negeri pimpinan PN ini bukanlah banyak, hanya ada empat negeri sahaja. Kesemuanya diperintah oleh PAS. Bolehlah anda selidik sendiri siapakah Menteri Besar yang dimaksudkan itu. Semasa darurat zaman pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan tidak mengikut lunas yang sah mengikut Perlembagaan. Nak tanya kepada PAS, apakah itu tindakan menyakau atau sekadar mengambil komisen? Bukan apa, apabila pihak lain terpalit skandal sama, PAS gelar mereka sebagai perasuah dan penyakau tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri, dilabel komisen. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=p14y1TGvOVw Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa takrif rasuah perlu dikaji dari sudut pandangan Islam yang seben...

Muhyiddin Cabar Kuasa Agong Dan Majlis Raja-Raja

Image
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan jumlah SD (Akaun Berkanun) yang diperoleh daripada Ahli Parlimen sebagai bukti Anwar meraih majoriti bagi membentuk kerajaan. Muhyiddin menegaskan PN mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selain menjadi Perdana Menteri ke-10. Muhyiddin juga dakwa kesemua dokumen sokongan sudah diserahkan kepada Istana Negara meskipun dinafikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tindakan Muhyiddin seolah-olah cuba menafikan kuasa yang dimiliki oleh YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri. Malahan Muhyiddin juga kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan YDPA sehingga membuat sidang akhbar pada hari sama Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/645596 https://malaysiagazette.com/2022/11/22/belum-terima-sd-agong-titah-rakyat-terima-apa-saha...