Posts

Showing posts with the label Langkah Sheraton

PAS Biadab, Mahu Terus Jatuhkan Kerajaan

Image
PAS nampaknya cuba bermain api dengan mengatakan saranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung perubahan kerajaan adalah pandangan peribadi baginda. YDPA bertitah sekiranya mahu bermain politik atau cuba mengubah kerajaan, perlu tunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16. Titah baginda itu ada asasnya kerana ketika pemerintahan Sultan Pahang sebagai YDPA ke-16 sebelum ini, negara menyaksikan tiga kali perubahan kerajaan dalam tempoh lima tahun. Sultan Pahang sendiri mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan menggesa semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang, berganding bahu semula serta mengetepikan perbezaan politik. Disebabkan itu, YDPA ke-17 iaitu Sultan Ibrahim mahu semua pihak lebih fokus kepada kesejahteraan rakyat dan kurangkan bermain politik. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/697466 Membuat dakwaan bahawa titah YDPA hanya sekadar 'pandangan peribadi' menunjukkan sikap biadab PAS terhadap institusi diraja. PAS seolah-olah tidak men...

Teori Di Sebalik Syed Saddiq ‘U-Turn’ Sertai PH

Image
Kehadiran Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 28 November lalu, menguatkan khabar angin bahawa parti berkenaan sudah diterima masuk dalam gabungan berkenaan. MUDA menghantar permohonan rasmi untuk menyertai PH pada 10 September lalu. Namun tiada sebarang keputusan dibuat oleh badan kepimpinan tertinggi PH sehingga ke hari ini. MUDA bertanding enam kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu di bawah payung PH dan hanya mampu meraih 1 kerusi sahaja iaitu di Muar. Syed Saddiq sebelum ini keluar daripada PH dan membentuk MUDA sejurus Langkah Sheraton berlaku. Mengapa Syed Saddiq mahu kembali kepada PH semula selepas beberapa tahun? Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1032685/muda-diterima-sertai-ph MUDA dibentuk sekitar September 2020 tetapi masih belum mendapat sebarang bentuk sokongan yang meluas daripada segenap rakyat. Penduduk luar bandar khusus...