Posts

Showing posts with the label Johor

MUDA Gagal Bawa Sebarang Pembaharuan Untuk Johor

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memiliki ahli yang mempunyai kerusi di Johor. Salah seorangnya adalah Presiden parti, Amira Aisya Abdul Aziz yang menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa. Namun, ramai sedia maklum bahawa kerusi tersebut bukanlah dimiliki secara 'sah' oleh Amira Aisya. Sebaliknya, kerusi itu adalah 'hadiah' daripada Pakatan Harapan (PH) kepada MUDA sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. Disebabkan itu, PH bercadang mahu merampas semula kerusi tersebut pada PRN Johor 2026. Selain tindakan MUDA keluar daripada blok kerajaan pada 2023, banyak lagi faktor mengapa PH atau parti lain ingin merampas kerusi Puteri Wangsa. Amira Aisya Abdul Aziz kerap kali memuat naik hantaran yang tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang wakil rakyat. Wajarkah seorang ADUN memuat naik hantaran berkenaan kafe berkonsepkan 'hipster' beberapa kali di media sosial? Wajarkah seorang ahli Parlimen mengulang ciapan berhu...

MUDA Gagal Tangani Krisis Sendiri

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) melangkah masuk ke pentas politik Malaysia dengan lagak seorang penyelamat pada enam tahun lalu. Penuh bersemangat dan mendakwa mereka adalah 'angin segar' yang bakal membawa pembaharuan kepada politik lama di negara ini. Namun, parti itu hari ini berdepan pelbagai krisis dalaman yang merosakkan MUDA sedikit demi sedikit. Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah ujian sebenar buat MUDA dan kelemahan parti itu dari awal lagi sudah terdedah seluas-luasnya.  Kelemahan terbesar MUDA di Johor bukan sekadar soal jentera atau dana parti, namun lebih daripada itu. MUDA gagal memahami denyut nadi belia Johor yang sebenar. Majoriti belia Johor bukanlah anak muda liberal di kawasan bandar yang gemar berdebat di kafe-kafe yang memiliki kemudahan Internet. Golongan belia di negeri itu adalah mereka yang risau tentang isu peluang pekerjaan, kos hidup, masalah agama dan Pendidikan Kesemua isu itu memerlukan jawapan yang konkrit daripada mereka yang lebih...

Projek Mahathir Lebih Teruk

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura, seolah-olah tidak membawa sebarang manfaat kepada negara ini. Walhal, dia sendiri yang meluluskan projek tersebut semasa menjadi Perdana Menteri ketujuh pada 2019. Jika Mahathir merasakan projek berkenaan tidak membawa sebarang manfaat, ingat balik siapa individu yang meluluskannya. Adakah Mahathir hanya membuat keputusan populis ketika itu untuk meraih sokongan orang ramai semata-mata? Apabila tidak lagi menjadi Perdana Menteri, dia mengecam pula projek yang pernah diluluskan oleh dirinya sendiri. SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/06/1099454/tun-m-mungkin-lupa-siapa-lulus-projek-rts-link-anthony-loke Semua projek yang dilaksanakan oleh orang lain, kerap dikecam oleh Mahathir. Tidak semua projek yang dilaksanakan oleh Mahathir berjaya. Banyak projek-projek Mahathir terkandas di tengah jalan dan kerajaan terpaksa 'bail out' untuk me...

Johor Boleh Contohi Langkah Sarawak

Image
Sejak kira-kira sembilan bulan berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), politik Malaysia masih belum stabil. Berakhir PRU, rakyat mengalami Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri yang menyaksikan pertembungan gabungan parti kerajaan dan gabungan parti pembangkang yang sengit. Belum reda kehangatan PRN, Johor pula akan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada bulan September. Keputusan PRU dan PRN menunjukkan secara kasar sokongan yang boleh dikatakan sama rata dalam kalangan orang ramai terhadap gabungan parti kerajaan dan gabungan parti pembangkang. Namun, situasi politik tidak menentu khususnya kepada Johor boleh memberi kesan kurang baik kepada kestabilan negeri berkenaan. Justeru, apakah langkah yang boleh diambil oleh Johor khususnya dalam menangani gelombang ketidakstabilan politik di negeri berkenaan. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1144922/ph-bn-mampu-menang-di-prk-pulai-pn-mungk...

PH Gagal Bawa Kemajuan Di Johor

Image
Johor sebelum ini diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) mengalami kegagalan sebelum diambil alih semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Mac lalu. Banyak kegagalan yang dilakukan oleh PH di Johor sehingga tiada kemajuan dicapai sepanjang tempoh pemerintahan parti berkenaan. Mujur, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dan rakyat Johor dapat bernafas semula di bawah kerajaan baharu. Sepanjang lapan bulan BN memerintah semula, banyak kemajuan berjaya dicapai oleh negeri itu dan kejayaan itu berkemungkinan besar akan terus berlaku dalam tahun-tahun mendatang sekiranya mandat terus diberikan kepada kerajaan ketika ini. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/rasmi-prn-johor-bn-menang-majoriti-dua-pertiga-bentuk-kerajaan-negeri-351486 Salah satu kegagalan kerajaan PH di Johor adalah tiadanya pelan ekonomi untuk rakyat negeri itu. Selain menjenamakan semula inisiatif kerajaan sebelum itu, tiada naratif ekonomi baharu diwujudkan atau ditawarkan oleh PH.Johor berjaya meningkatkan ...

Langkawi Sekadar ‘Lubuk Emas’ Mahathir

Image
Sejak kes tuntutan Pulau Batu Puteh dibangkitkan semula sejak tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja enggan mengaku salah, malah cuba memfitnah pihak lain berhubung pengkhianatan negara. Mahathir secara tersirat memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan kerajaan Johor atas kegiatan 'eksport pasir' selain beliau menyifatkannya sebagai sebuah pengkhianatan kepada negara. Mengapa tiba-tiba mengalihkan perhatian rakyat kepada pihak lain pula? Bukankah lebih elok Mahathir memberi penjelasan sebenar tentang situasi sebenar isu Pulau Batu Puteh, berbanding menuding jari kepada pihak lain? Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siam-tak-pernah-tuntut-langkawi-tapi-johor-sendiri-dahulu-tak-mahu-tuntut-batu-puteh-dr-mahathir-326458 Kalau hendak bercakap soal pengkhianatan, bukan sedikit perkara yang dilakukan oleh Mahathir. Mahathir sendiri pernah meluluskan empat syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negar...

MUDA Is Taking Cues From Syed Saddiq

Image
MUDA for all its bravado has played a good game – garnering significant engagement and traction even compared to the old stalwarts, PKR, DAP and Amanah. DAP and Amanah have truly put their backs behind MUDA, guiding the party’s candidate even as some within the coalition remain uneasy around them. This uneasiness however is sourced from MUDA’s constant gaffes and Muda announcement that it will field the party’s state information chief Rasid Abu Bakar in Larkin, putting it on a collision course with PKR. Despite Muda president Syed Saddiq Abdul Rahman previously said the party will not contest in any Johor state seats that Opposition parties are defending. This however is not the end of these gaffes, as even more recently Muda’s candidate for the Tenang seat, Lim Wei Jiet, as he feels that the New Economic Policy (NEP) which had been abused. Now whether this will be accepted by voters is whole different answer – but given party President MUDA Saddiq’s own experiences with promises to vo...

Parti MUDA Tidak Boleh Dipercayai

Image
Kerelaan Syed Saddiq dan Parti MUDA untuk bertembung dengan Parti Keadilan Rakyat di DUN Larkin menunjukkan kesanggupan mereka untuk menikam belakang “sekutunya” dan mendedahkan kepada rakyat bahawa MUDA tidak boleh dipercayai. Tengoklah apa yang jadi! Kata tak nak bertembung dengan rakan sepakat tapi akhirnya tetap bertembung! Macam mana nak percayai parti yang sudah mula membohong sedangkan belum bertanding lagi dalam pilihanraya? Kebelakangan ini, tidak boleh dinafikan bahawa MUDA telah mengambil kesempatan untuk menyakitkan hati sekutu-sekutu mereka. Walaupun MUDA diasaskan dengan idealisme yang menarik perhatian orang ramai, khususnya golongan belia, mereka kini terpalit dalam masalah-masalah pilihan mereka sendiri. Jadi, Syed Saddiq tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kecuali dirinya sendiri. Senang kot, kalau nak bertanding lebih kerusi, tak payah lah menunjuk sikap keangkuhan dan mintak kawasan kubu parti lain! Adakah MUDA ingat ia dapat memenangi semua kerusi mereka denga...

Syed Saddiq 'Menghilang' Ketika Muar Dilanda Banjir

Image
Katanya, Ahli Parlimen (MP) Muar Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin politik baru yang dapat membawa suara rakyat. Rupa-rupanya, hanya luahan rakyat yang sensasi dikongsikan Saddiq di laman media sosial. Tahukah anda bahawa Muar kini sedang dilanda banjir yang amat teruk? Meskipun tidak ada penurunan hujan yang luar biasa, kejadian banjir ini adalah berpunca daripada limpahan air di Sungai Muar. Kira-kira 300 rumah penduduk ditenggelami air banjir sedalam hampir empat meter. Beberapa jalan utama juga terputus sehinggakan penduduk kampung terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara yang berdekatan. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/908960/muar-banjir-teruk-walaupun-tak-hujan Sebenarnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor telah meramalkan banjir di Muar seawal 31 Disember lagi. Ramalan ini dibuat susulan hujan lebat yang boleh mengakibatkan limpahan sungai-sungai utama seperti di Muar. Sumber: https://www.malaysianow.com/berita/2021/12/31/jps-rama...