Syed Saddiq 'Menghilang' Ketika Muar Dilanda Banjir

Katanya, Ahli Parlimen (MP) Muar Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin politik baru yang dapat membawa suara rakyat. Rupa-rupanya, hanya luahan rakyat yang sensasi dikongsikan Saddiq di laman media sosial.

Tahukah anda bahawa Muar kini sedang dilanda banjir yang amat teruk?

Meskipun tidak ada penurunan hujan yang luar biasa, kejadian banjir ini adalah berpunca daripada limpahan air di Sungai Muar. Kira-kira 300 rumah penduduk ditenggelami air banjir sedalam hampir empat meter. Beberapa jalan utama juga terputus sehinggakan penduduk kampung terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara yang berdekatan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/908960/muar-banjir-teruk-walaupun-tak-hujan

Sebenarnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor telah meramalkan banjir di Muar seawal 31 Disember lagi. Ramalan ini dibuat susulan hujan lebat yang boleh mengakibatkan limpahan sungai-sungai utama seperti di Muar.

Sumber: https://www.malaysianow.com/berita/2021/12/31/jps-ramal-6-daerah-di-johor-alami-banjir/

Persoalannya, apa persiapan yang telah dibuat Saddiq untuk bersiapsiaga sebelum air sungai mula melimpah? Di mana Saddiq berada sepanjang tempoh satu minggu sebelum kejadian banjir di Muar?

Apa yang kita tahu, Saddiq memang cukup sibuk dengan urusan mempromosikan dirinya di ruang udara radio tempatan. Dalam hal ini, Saddiq memang cukup hebat dalam mendapatkan publisiti murahan.

Mungkin ini yang sebenarnya Saddiq fikirkan ketika “turun padang” di beberapa kawasan banjir di Selangor dan Pahang baru-baru ini. Apa yang lebih penting bukanlah urusan pembersihan banjir, tetapi hebahan yang diterima Saddiq di media sosial.

Kalau tidak percaya, tengoklah apa yang Saddiq usahakan sedang Muar dilanda banjir.

Misalnya pada 2 Januari, Saddiq berada di konti radio bersama Jake Abdullah untuk membincangkan perkara-perkara yang tidak ada kepentingan langsung. Siap berseloka lagi seolah-seolah kehidupan mangsa banjir tidak perlu dipedulikan langsung.
Sudahlah Saddiq, bukan rakyat tak boleh nampak betapa seronoknya anda bila dapat limpahan publisiti. Sedang anda bergembira, ribuan penduduk Muar sedang kehilangan tempat kediaman mereka.

Inikah yang disebut-sebutkan sebagai seorang pemimpin rakyat?

Kalau sebelum ini Saddiq sibuk membanting tulang untuk membantu, kini bayangan Saddiq pun tidak ada kelihatan di Muar. Sepatutnya, waktu macam inilah Saddiq seharusnya hadir memberi bantuan. Kalau sebelum ini boleh membuat “fundraising”, kenapa tidak dibuat benda yang sama untuk Muar?

Kasihan, nampaknya penduduk Muar telah jadi mangsa kepada sikap “double standard” seorang politikus. Parlimen Muar ini sebenarnya hanyalah satu platform untuk Saddiq mendapat mandat rakyat. Apa yang dimahukan Saddiq, iaitu glamor dan kuasa politik ini tidak ada di Muar. Patutlah batang hidung Saddiq pun kita tidak dapat lihat ketika Muar dilanda banjir.

Kalau betul lah Saddiq ini seorang politikus yang berfikiran panjang, Saddiq sepatutnya membuat perancangan bersama JPS untuk memastikan penduduk Muar dapat dipindahkan dengan lebih awal. Sekurang-kurangya, barang-barang berharga dapat dialihkan. Kanak-kanak dan mereka yang berumur juga dapat diberi perhatian yang lebih.

Ini tidak. Sudah banjir baru nak gelabah.

Saddiq ada satu minggu sebelum Muar dilanda banjir. Ini merupakan insiden banjir yang terburuk sejak 6 tahun yang lalu. Kalau tidak ada agensi-agensi kerajaan, entah apalah nasib penduduk Muar yang seperti sudah “kehilangan” Saddiq ketika tempoh genting ini?

Sukarelawan MUDA? Satu pun tidak kelihatan. Mungkin mereka masih sedang asyik berpesta dengan botol-botol arak.

Apa guna popular di media sosial kalau tidak ambil endah hal ehwal pengundi yang sudah ditimpa musibah?

Setakat ini, masih ada seramai 1115 mangsa daripada 318 keluarga terjejas banjir di Muar dan ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara di Muar.

Ha, apa lagi kau nak kata Saddiq?

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan