Posts

Showing posts with the label Pakatan Harapan

MUDA Gagal Bawa Sebarang Pembaharuan Untuk Johor

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memiliki ahli yang mempunyai kerusi di Johor. Salah seorangnya adalah Presiden parti, Amira Aisya Abdul Aziz yang menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa. Namun, ramai sedia maklum bahawa kerusi tersebut bukanlah dimiliki secara 'sah' oleh Amira Aisya. Sebaliknya, kerusi itu adalah 'hadiah' daripada Pakatan Harapan (PH) kepada MUDA sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. Disebabkan itu, PH bercadang mahu merampas semula kerusi tersebut pada PRN Johor 2026. Selain tindakan MUDA keluar daripada blok kerajaan pada 2023, banyak lagi faktor mengapa PH atau parti lain ingin merampas kerusi Puteri Wangsa. Amira Aisya Abdul Aziz kerap kali memuat naik hantaran yang tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang wakil rakyat. Wajarkah seorang ADUN memuat naik hantaran berkenaan kafe berkonsepkan 'hipster' beberapa kali di media sosial? Wajarkah seorang ahli Parlimen mengulang ciapan berhu...

Teori Di Sebalik Syed Saddiq ‘U-Turn’ Sertai PH

Image
Kehadiran Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 28 November lalu, menguatkan khabar angin bahawa parti berkenaan sudah diterima masuk dalam gabungan berkenaan. MUDA menghantar permohonan rasmi untuk menyertai PH pada 10 September lalu. Namun tiada sebarang keputusan dibuat oleh badan kepimpinan tertinggi PH sehingga ke hari ini. MUDA bertanding enam kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu di bawah payung PH dan hanya mampu meraih 1 kerusi sahaja iaitu di Muar. Syed Saddiq sebelum ini keluar daripada PH dan membentuk MUDA sejurus Langkah Sheraton berlaku. Mengapa Syed Saddiq mahu kembali kepada PH semula selepas beberapa tahun? Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1032685/muda-diterima-sertai-ph MUDA dibentuk sekitar September 2020 tetapi masih belum mendapat sebarang bentuk sokongan yang meluas daripada segenap rakyat. Penduduk luar bandar khusus...

Muhyiddin Cabar Kuasa Agong Dan Majlis Raja-Raja

Image
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan jumlah SD (Akaun Berkanun) yang diperoleh daripada Ahli Parlimen sebagai bukti Anwar meraih majoriti bagi membentuk kerajaan. Muhyiddin menegaskan PN mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selain menjadi Perdana Menteri ke-10. Muhyiddin juga dakwa kesemua dokumen sokongan sudah diserahkan kepada Istana Negara meskipun dinafikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tindakan Muhyiddin seolah-olah cuba menafikan kuasa yang dimiliki oleh YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri. Malahan Muhyiddin juga kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan YDPA sehingga membuat sidang akhbar pada hari sama Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/645596 https://malaysiagazette.com/2022/11/22/belum-terima-sd-agong-titah-rakyat-terima-apa-saha...

PH Gagal Bawa Kemajuan Di Johor

Image
Johor sebelum ini diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) mengalami kegagalan sebelum diambil alih semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Mac lalu. Banyak kegagalan yang dilakukan oleh PH di Johor sehingga tiada kemajuan dicapai sepanjang tempoh pemerintahan parti berkenaan. Mujur, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dan rakyat Johor dapat bernafas semula di bawah kerajaan baharu. Sepanjang lapan bulan BN memerintah semula, banyak kemajuan berjaya dicapai oleh negeri itu dan kejayaan itu berkemungkinan besar akan terus berlaku dalam tahun-tahun mendatang sekiranya mandat terus diberikan kepada kerajaan ketika ini. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/rasmi-prn-johor-bn-menang-majoriti-dua-pertiga-bentuk-kerajaan-negeri-351486 Salah satu kegagalan kerajaan PH di Johor adalah tiadanya pelan ekonomi untuk rakyat negeri itu. Selain menjenamakan semula inisiatif kerajaan sebelum itu, tiada naratif ekonomi baharu diwujudkan atau ditawarkan oleh PH.Johor berjaya meningkatkan ...

Langkawi Perlu ‘Move On’ Daripada Mahathir

Image
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Sebelum ini, Mahathir mengatakan tidak mahu bertanding pada PRU-15 namun membuat pusingan U kali ini. Bahkan, ramai penduduk Langkawi mengakui terkejut dengan pengumuman berkenaan kerana Mahathir sebelum itu mahu memberi laluan kepada calon muda bertanding di kawasan terbabit. Malahan, Mahathir juga tanpa berselindung mengakui tidak menolak untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga. Persoalan yang meniti di media sosial sejak pengumuman berkenaan adalah relevan lagikah Mahathir untuk bertanding dalam PRU-15. Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/10/11/dr-mahathir-says-will-defend-langkawi-in-ge15/32950 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/891211/pru-15-mahathir-pertahan-parlimen-langkawi Pada usia mencecah 97 tahun, jangka hayat Mahathir berkemungkinan tidak lama. Penduduk Langkawi juga pastinya t...

MUDA Kuku Besi, Contohi Perangai Mahathir

Image
Kecoh sejak beberapa hari ini tentang kepimpinan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang dikatakan tidak membenarkan ahli-ahlinya untuk menyuarakan sebarang pendapat atau melontarkan kritikan. Dakwa beberapa individu yang juga bekas anggota parti itu, mereka boleh dikenakan tindakan seperti dibuang daripada parti jika bersikap lantang. Baru dua tahun menjadi parti, tampuk kepimpinan MUDA sudah tunjuk belang. Situasi itu jelas menunjukkan krisis dalaman parti tersebut. Apa sebenarnya yang cuba dicapai oleh parti MUDA dalam politik? Selain daripada menang 1 kerusi DUN pada PRN Johor, tiada apa yang dikecapi oleh MUDA. Sumber: https://twitter.com/lcsmxms/status/1574367082212302848 Bekas Pengarah Biro Pemerkasaan Wanita MUDA Selangor, Farah Mahmud mendakwa pengerusi cawangan MUDA Selangor menunjukkan gaya kuku besi sekiranya mendapati mana-mana ahli bercakap lantang. Pengerusi tersebut adalah bekas anggota Bersatu iaitu Al-Hafiz Ikhawan Mohamad Assad. Farah juga mendedahkan bukti bag...

Syed Saddiq, Tunai Janji Lama Dahulu

Image
Baru-baru ini, Syed Saddiq menerusi parti MUDA melancarkan kempen Malaysia Maju. Nak terangkan lebih ringkas, kempen itu dijalankan oleh MUDA untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan mendapatkan pungutan suara rakyat tentang isu membelenggu mereka ketika ini. Baguslah usaha itu, namun perlu berhati-hati kalau yang berkata-kata itu adalah Syed Saddiq. Tabur pelbagai janji, namun hasilnya kosong. Bukan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/muda-lancar-inisiatif-malaysia-maju-372723 Pertama, peluang pekerjaan. Mana perginya janji Syed Saddiq untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun? Bahkan pengangguran ketika zaman Pakatan Harapan (PH) meningkat sebanyak lebih 1 juta. Anak muda di Malaysia tidak mendapat peluang pekerjaan yang lebih mampan, malah lebih teruk lagi apabila graduan kita terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura. Syed Saddiq pula masih sempat untuk membuka francais Santan baharu beli...

Langkawi Sekadar ‘Lubuk Emas’ Mahathir

Image
Sejak kes tuntutan Pulau Batu Puteh dibangkitkan semula sejak tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja enggan mengaku salah, malah cuba memfitnah pihak lain berhubung pengkhianatan negara. Mahathir secara tersirat memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan kerajaan Johor atas kegiatan 'eksport pasir' selain beliau menyifatkannya sebagai sebuah pengkhianatan kepada negara. Mengapa tiba-tiba mengalihkan perhatian rakyat kepada pihak lain pula? Bukankah lebih elok Mahathir memberi penjelasan sebenar tentang situasi sebenar isu Pulau Batu Puteh, berbanding menuding jari kepada pihak lain? Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siam-tak-pernah-tuntut-langkawi-tapi-johor-sendiri-dahulu-tak-mahu-tuntut-batu-puteh-dr-mahathir-326458 Kalau hendak bercakap soal pengkhianatan, bukan sedikit perkara yang dilakukan oleh Mahathir. Mahathir sendiri pernah meluluskan empat syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negar...

Mahathir Cakap Tak Serupa Bikin, Ini Nilai Kekayaan Keluarga Mahathir

Image
Selama 22 tahun menjadi PM ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumpul aset sebanyak AS$44 bilion, bersamaan AS$2 bilion setahun atau AS$5.5 juta sehari atau AS$228,310 setiap jam. Perlu diingatkan, itu dalam nilai dolar AS ya, bukan ringgit Malaysia. Bercanggah betul dengan apa yang pernah dikatakan sebelum ini bahawa Perdana Menteri tidak kaya dan tidak boleh ada duit banyak. Kalau Perdana Menteri tidak boleh ada banyak duit, kenapa tak sumbangkan harta itu sahaja kepada rakyat? Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/159877/BERITA/Nasional/Perdana-Menteri-tidak-boleh-ada-duit-banyak-jadi-jutawan-Tun-M https://thecoverage.my/top-30-richest-world-leader-list-mahathir-ranked-no-2-us44-billion/ http://www.financetwitter.com/2011/02/marcos-mubarak-mahathir-whos-the-richest-man.html Nak tahu betapa kayanya Mahathir yang pernah berkata: "mana saya ada duit", darabkan dengan kadar tukaran wang. Ambil saja kadar tukaran sebelum PH menang PRU ke-14 sekitar RM 3.8 x 228,310= RM...