Syed Saddiq, Tunai Janji Lama Dahulu

Baru-baru ini, Syed Saddiq menerusi parti MUDA melancarkan kempen Malaysia Maju.

Nak terangkan lebih ringkas, kempen itu dijalankan oleh MUDA untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan mendapatkan pungutan suara rakyat tentang isu membelenggu mereka ketika ini.

Baguslah usaha itu, namun perlu berhati-hati kalau yang berkata-kata itu adalah Syed Saddiq.

Tabur pelbagai janji, namun hasilnya kosong. Bukan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/muda-lancar-inisiatif-malaysia-maju-372723

Pertama, peluang pekerjaan. Mana perginya janji Syed Saddiq untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun?

Bahkan pengangguran ketika zaman Pakatan Harapan (PH) meningkat sebanyak lebih 1 juta.

Anak muda di Malaysia tidak mendapat peluang pekerjaan yang lebih mampan, malah lebih teruk lagi apabila graduan kita terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura.

Syed Saddiq pula masih sempat untuk membuka francais Santan baharu beliau dan meraih keuntungan sendiri.

Sumber: https://ohbulan.com/syed-saddiq-buka-kedai-makan-jual-nasi-lemak-nasi-ayam

Kedua, janji Syed Saddiq untuk membina 1,000 buah rumah di Muar.

Namun sampai sekarang, bayang tiang rumah pun tidak kelihatan.

Warganet masih terus-menerus meninggalkan komen tentang janjinya itu sehingga kini.

Syed Saddiq berkata, kalau beliau gagal bina 1,000 buah rumah, hukumlah beliau pada PRU akan datang.

Maaf Syed Saddiq, memang rakyat sudah menghukum anda pun. Anda seorang hipokrit.

Sumber: https://stg.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/03/syed-saddiq-janji-bina-1000-rumah-mampu-milik-di-muar/

Ketiga, janji Syed Saddiq untuk memansuhkan PTPTN.

Sebelum dipilih menjadi wakil rakyat, bukan main beria Syed Saddiq mahu 'membantu' peminjam PTPTN kononnya.

Selepas menjadi wakil rakyat, lain pula nadanya.

Terus buat pusingan U ya. Disuruhnya pula peminjam PTPTN bayar semula pinjaman.

Awal-awal lagi Syed Saddiq sudah buat kenyataan tidak masuk akal. Kalau PTPTN dimansuhkan, bagaimana nasib graduan pada masa akan datang?

Terutamanya, mereka yang berpendapatan B40. Bukankah PTPTN itu diwujudkan bagi memberikan kemudahan untuk mereka yang melanjutkan pengajian?

Kalau PTPTN dimansuhkan, mereka nak guna duit apa? Syed Saddiq mahu hulurkan duitnya sendirikah?

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mustahil-mansuh-bayaran-semula-pinjaman-ptptn-wan-saiful-212434

Keempat, janji Syed Saddiq mahu memperjuangkan gaji minima RM1,500.

Kelakarnya, gaji minima zaman PH hanya naik RM200 sahaja. Mana janji Syed Saddiq?

Atau takut dengan arahan mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad? Sebab itu, tidak berani membantah?

Tambahan pula, buat tawaran berikan elaun pelajar pelatih sebanyak RM900 hingga RM1,200 sahaja.

Bukankah Syed Saddiq cakap gaji minima sepatutnya RM1,500? Kenapa berikan gaji lebih rendah daripada itu kepada pelajar pelatih pula?

Adakah Syed Saddiq fikir gaji sebanyak itu mencukupi, terutamanya bagi mereka yang tinggal atau bekerja di bandar?

Cakap tak serupa bikin. Tunjukkan tindakan anda, bukan hanya pandai omong kosong serupa tin kosong.

Sumber: https://twitter.com/syedsaddiq/status/1511237422251937793

Rakyat sebenarnya masih tidak lupa dengan janji-janji anda, Syed Saddiq.

Anda wujudkanlah seberapa banyak kempen pun, kalau tiada tindakan susulan daripada anda sebagai wakil rakyat.

Ibarat melepaskan batuk di tangga. Baik anda fokus kepada penduduk di Muar dahulu sebelum nak fikir tentang seluruh Malaysia.

Cuma takut anda tidak sempat berbuat apa-apa, boleh jadi 'anda ke dalam' tidak lama lagi. Siapa tahu.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan