Posts

Showing posts with the label MB Kedah

Langkawi Sekadar ‘Lubuk Emas’ Mahathir

Image
Sejak kes tuntutan Pulau Batu Puteh dibangkitkan semula sejak tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja enggan mengaku salah, malah cuba memfitnah pihak lain berhubung pengkhianatan negara. Mahathir secara tersirat memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan kerajaan Johor atas kegiatan 'eksport pasir' selain beliau menyifatkannya sebagai sebuah pengkhianatan kepada negara. Mengapa tiba-tiba mengalihkan perhatian rakyat kepada pihak lain pula? Bukankah lebih elok Mahathir memberi penjelasan sebenar tentang situasi sebenar isu Pulau Batu Puteh, berbanding menuding jari kepada pihak lain? Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siam-tak-pernah-tuntut-langkawi-tapi-johor-sendiri-dahulu-tak-mahu-tuntut-batu-puteh-dr-mahathir-326458 Kalau hendak bercakap soal pengkhianatan, bukan sedikit perkara yang dilakukan oleh Mahathir. Mahathir sendiri pernah meluluskan empat syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negar...

Sanusi Md Nor: Kegagalan Demi Kegagalan

Image
Walaupun Muhmmad Sanusi Md Nor lazimnya dikenali sebagai Menteri Besar Kedah, Sanusi lebih popular sebagai seorang pemimpin kelas ketiga yang sering memperbodohkan diri sendiri. Sanusi ini merupakan suatu liabiliti yang seringkali membawa aib kepada reputasi negeri Kedah yang telah banyak melahirkan tokoh-tokoh negara. Dalam kala dunia dilanda wabak Covid-19 yang telah membawa kematian kepada jutaan manusia, Sanusi dengan selambanya telah memperlekehkan keseriusan kekurangan kontena jenazah mangsa kematian. Biarpun Sanusi kemudiannya memohon maaf, kenyataan Sanusi adalah amat tidak wajar apatah lagi apabila dijadikan sebagai bahan jenaka. Sanusi seharusnya letak jawatan sahaja kerana dia lebih layak untuk bekerja seorang badut sarkas. Sebelum ini, ada ke patut Sanusi dengan lagaknya akui bahawa negeri Kedah telah menemui hasil bumi mencecah RM43 trillion? Kenyataan semberono ini dibuat tanpa sebarang fakta atau kajian sains yang menyeluruh. Padahal, nilai anggaran kasar yang dibuat pe...