Langkawi Sekadar ‘Lubuk Emas’ Mahathir

Sejak kes tuntutan Pulau Batu Puteh dibangkitkan semula sejak tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja enggan mengaku salah, malah cuba memfitnah pihak lain berhubung pengkhianatan negara.

Mahathir secara tersirat memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan kerajaan Johor atas kegiatan 'eksport pasir' selain beliau menyifatkannya sebagai sebuah pengkhianatan kepada negara.

Mengapa tiba-tiba mengalihkan perhatian rakyat kepada pihak lain pula?

Bukankah lebih elok Mahathir memberi penjelasan sebenar tentang situasi sebenar isu Pulau Batu Puteh, berbanding menuding jari kepada pihak lain?

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siam-tak-pernah-tuntut-langkawi-tapi-johor-sendiri-dahulu-tak-mahu-tuntut-batu-puteh-dr-mahathir-326458

Kalau hendak bercakap soal pengkhianatan, bukan sedikit perkara yang dilakukan oleh Mahathir.

Mahathir sendiri pernah meluluskan empat syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negara ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Satu dokumen dengan kepala surat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli bertarikh 29 November 2018 yakni sewaktu jawatan itu disandang Datuk Dr Xavier Jayakumar di bawah pentadbiran PH meluluskan permit import (AP) pengeksportan pasir ke luar negara.

Dalam surat itu turut tertulis, hasil rundingan dengan Xavier dan Mahathir telah dipersetujui untuk meluluskan AP bagi pengeksportan pasir sungai ke luar negara membabitkan empat syarikat tersebut.

Kandungan surat menjelaskan pelantikan kesemua syarikat itu atas rundingan Xavier bersama Mahathir.

Itu baru satu bukti, belum lagi kelulusan lain yang diberikan oleh Mahathir semasa rejim pemerintahan kali pertamanya.

Sumber: https://suara.tv/28/10/2021/dulu-mahathir-tak-khianat-pula-eksport-pasir-ke-luar-negara-najib-bidas-tun-m/

Kalau sembang pasal Mahathir, tidak sah kalau tidak bercakap tentang soal kroni.

Ketika anaknya, Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah, kerajaan negeri itu menawarkan pajakan tanah pantai di Langkawi sebesar 34 ekar dengan harga RM3,200 setahun kepada Mahathir pada 2014.

Tanah itu dipajak selama 60 tahun dari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Ironinya lagi, Mahathir ketika itu adalah Penasihat LADA dan anaknya pula Menteri Besar merangkap exco bertanggungjawab ke atas tanah itu.

Akta kerajaan mana yang membolehkan Mahathir memperoleh tanah seluas itu daripada anaknya sendiri? Bukankah tanah seluas itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan penduduk Langkawi?

Secara logiknya, mengapa perlu diberikan kepada Mahathir?

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2021/11/24/kedah-bawah-mukhriz-tawar-dr-m-34-ekar-tanah-langkawi-kata-najib

Mahathir sebelum ini tidak segan silu menyatakan sokongannya kepada projek tambak laut milik Widad Business Group Sdn Bhd di Langkawi.

Mahathir mendakwa ia merupakan projek yang baik dan menerima jumlah pelaburan yang tinggi.

Jika tidak silap, projek yang sama ditangguhkan ketika beliau menerajui kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Menurut para aktivis alam sekitar, projek ini akan menjahanamkan kestabilan ekosistem marin perairan Langkawi.

Namun sebenarnya, pemaju hartanah yang mengetuai projek tersebut adalah Ting Pek Khiing. Pek Khiing merupakan sekutu rapat kepada Mahathir dan salah seorang ‘ahli kartel lama’ Mahathir, Tun Daim Zainuddin.

Mahathir pernah meminta Pek Khiing menyiapkan sebuah projek pembinaan hotel di Langkawi dan didakwa turut terlibat dalam membina sebuah rumah Mahathir di Langkawi.

Banyak lagi projek yang ‘dianugerahkan’ oleh Mahathir kepadanya ketika era pemerintahan Mahathir selama dua dekad, termasuklah pembinaan Empangan Bakun di Sarawak pada 1994.

Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/3079/sarawak-tycoon-ting-pek-khiing-dies

https://anilnetto.com/malaysian-politics/the-curse-of-bakun-the-fall-of-ting-pek-khiing/

https://www.nst.com.my/business/2018/05/375256/ting-pek-khiing-start-rm30b-langkawi-new-city-project

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/06/01/amid-backlash-dr-m-says-tings-rm30b-langkawi-project-welcomed/1637453

https://www.thevibes.com/articles/business/60341/dr-mahathir-backs-810ha-langkawi-land-reclamation-project

Mahathir sebenarnya tidak mempedulikan nasib penduduk Langkawi. Beliau hanya memomokkan orang ramai dengan mainan media yang mendakwa dirinya adalah arkitek pembangunan Langkawi.

Mahathir ketika di bawah Barisan Nasional (BN) banyak berjasa kepada Langkawi dan ramai penduduk masih terhutang budi padanya.

Namun, apa yang penduduk tidak sedari adalah sebuah pembangunan acuan Mahathir yang dipenuhi hotel-hotel lima bintang.

Tidak cukup itu, khabarnya Langkawi juga merupakan tempat tinggal sebahagian dari 40 ekor kuda Mahathir yang bernilai jutaan ringgit.

Sumber: https://penyusakti.wordpress.com/2018/05/01/mahathir-dan-langkawi/

Itu belum diambil kira khabar angin mengenai harta-harta keluarga beliau di Langkawi.

Sebelum ini, bekas anggota Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Anina Saadudin mendesak Mahathir menjelaskan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya memiliki 488 syarikat dengan kekayaan AS$44 bilion (kira-kira RM170 bilion).

Anina turut mendesak agar Mahathir menjelaskan bagaimana anak-anaknya mendapat begitu banyak keistimewaan dalam memperolehi begitu banyak kontrak dan tender-tender daripada kementerian dan GLC ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/423414

Mahathir hanya pandai menuding jari, sedangkan beliau banyak melakukan ‘perbuatan terkutuk’ di belakang rakyat.

Beliau hanya bernasib baik tidak diadili di mahkamah.

Langkawi sebenarnya menjadi ‘taman permainan’ buat Mahathir dan anaknya mengaut kekayaan peribadi.

Oleh sebab itu, Mahathir masih mahu bertanding di kawasan Langkawi pada PRU-15 kelak kerana itu lubuk emasnya.

Rakyat Langkawi sepatutnya sudah sedar bahawa Mahathir hanya mengambil kesempatan kepada mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan