Manipulasi Dan Permainan Kotor Mahathir
Ramai sedia maklum bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad gemar memutar belit dan memanipulasi rakyat demi kepentingan peribadinya.
Mahathir akan menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk memastikan sentimen rakyat berpihak kepadanya.
Kalau sesuatu perkara buruk mencemarkan namanya, Mahathir akan terus bermain isu lain untuk mengalihkan perhatian rakyat.
Betapa liciknya Mahathir semata-mata untuk memperlihatkan dirinya tampak suci di hadapan orang ramai. Salah satu manipulasi Mahathir yang sehingga kini masih menjadi ingatan rakyat adalah tentang Adam Jaafar atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam.
Kisah Prebet Adam mengamuk di sekitar bandar raya Kuala Lumpur pada 1987 disifatkan sebagai antara tragedi berdarah dalam lipatan sejarah negara ini.
Prebet Adam dikatakan tertekan dengan penderaan fizikal dan mental yang dilaluinya ketika menjadi tentera.
Namun, wujud dakwaan bahawa Prebet Adam mengamuk kononnya Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar dari Johor telah memukul adik lelakinya di padang golf.
Sedangkan Prebet Adam tidak ada adik lelaki dan fakta itu disahkan oleh adik perempuan kepada Prebet Adam iaitu Hawa Jaafar.
Hawa mengatakan keluarganya difitnah menerima wang sogokan sebanyak RM10,000 sebulan dan menegaskan tiada mengenali seorang pun keluarga kerabat Diraja Johor.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/411080/keluarga-prebet-adam-mohon-maaf
Kisah fitnah Prebet Adam dikatakan tersebar menerusi surat layang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Cerita palsu tentang Prebet Adam ini sebenarnya didalangi oleh Mahathir bagi menutup kisah Ops Lalang yang berlaku pada tahun sama.
Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri atas arahan Ketua Polis Negara, Mohammed Hanif Omar bagi menangkap mereka yang disyaki di bawah Akta Keselamatan Negeri.
Seramai lebih 100 orang ahli dan aktivis politik terutamanya parti pembangkang ditahan dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.
Tambahan pula, media sosial tidak lagi wujud ketika itu, menyebabkan kisah palsu Prebet Adam terus dimanipulasi oleh Mahathir.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2021/10/27/34-years-after-ops-lalang-still-no-sincere-apology-by-dr-m
Mahathir turut menafikan dia mengeluarkan arahan tentang Ops Lalang dan meletakkan kesalahan kepada pihak polis, kononnya mereka yang menjalankan operasi itu.
Siapa Menteri Dalam Negeri ketika itu? Bukankah Kementerian Dalam Negeri di bawah Mahathir?
Hanya Menteri Dalam Negeri yang boleh mengeluarkan arahan untuk menjalankan operasi sedemikian.
Mahathir nak tipu siapa? Sudahlah sebar kisah palsu tentang Prebet Adam, berbohong pula pasal Ops Lalang.
Tragedi Memali juga kerja Mahathir tapi Mahathir nafikan, kononnya bukan dia mengeluarkan arahan atas alasan dia bertugas di luar negara ketika itu.
Krisis Perlembagaan 1988 turut didalangi oleh Mahathir dengan licik.
Pendek kata, orang tua berkenaan penuh dengan tipu muslihat dan pembohongan.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2017/10/13/pameran-ops-lalang-kenang-kekejaman-tun-m/
Mahathir dari dulu penuh dengan permainan kotor dan manipulasi orang ramai.
Bezanya, dahulu orang mudah termakan dengan fitnah dan pembohongan Mahathir.
Namun, kini rakyat kian nampak permainan licik Mahathir.
Banyak pembohongan Mahathir yang semakin terbongkar hari demi hari.
Kalau Mahathir masih mahu menipu pada hari ini, dia perlu berfikir banyak kali.
Semua pembohongannya boleh diakses di hujung jari dan mudah tersebar di media sosial.
Comments
Post a Comment