Posts

Showing posts with the label Bumiputera

Mahathir Cuba Tunggang Melayu Demi Kepentingan Sendiri

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memainkan naratif ketuanan Melayu. Tak jemu ke memainkan naratif sama berulang kali untuk cuba kekal relevan? Atau mahu menutup kes berkaitan dirinya dengan isu pasal ketuanan Melayu pula? Mahathir tak penat ke bermain naratif sama? Dia masih tak sedar bahawa orang Melayu sendiri sudah muak dengan permainan politiknya? Bukan rakyat tidak kenal perangai sebenar Mahathir yang hanya pandai bercakap untuk memperjuangkan Melayu, walhal itu naratif kosong untuk menarik sokongan komuniti berkenaan? Orang Melayu sebenarnya sudah muak dengan kenyataan Mahathir yang sejak dari dahulu kononnya cuba memperjuangkan dasar Bumiputera. Kebanyakan orang Melayu percaya bahawa Mahathir hanya memperkenalkan dasar tersebut bagi melindungi dan memberi layanan istimewa kepada golongan elit politik. Dasar ekonomi Mahathir sebenarnya tidak memihak kepada golongan Melayu miskin sebaliknya untuk memperkayakan golongan elit Melayu dan mereka yang mempunya...

Retorik Perjuangan Tiada Hala Tuju Papagomo

Image
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo bukan nama asing dalam dunia politik tanah air. Banyak kontroversi melibatkan pemilik nama samaran Papagomo ini. Hendak kata memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat, tiada pula. Sekadar muncul di pelbagai platform media sosial dan menyebarkan agenda peribadinya. Sekejap menyokong pihak A, sekejap menyokong pihak B. Pendek kata, dia hanya mahu mencari publisiti diri sendiri dengan mencetuskan segala kontroversi. Papagomo pada 2018 pernah berhasrat mahu menarik balik hak mengundi kaum Cina dan India. Dia mendakwa mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membentuk kerajaan Bumiputera. Papagomo 'tidak menoleh kiri dan kanan' apabila mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Papagomo lupa bahawa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum? Untuk pengetahuan Papagomo, undian daripada semua kaum adalah penting untuk membentuk perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. Malah, undi daripada semua signifikan untuk memastikan keadi...

Ironi Perkauman MUDA

Image
Ahli-ahli parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) apabila bercakap tentang sesuatu isu, mereka antara yang 'juara'. MUDA banyak kali bercakap soal keagamaan dan perkauman. Mereka mendakwa memperjuangkan isu perbezaan perkauman sebagai asas penubuhan parti itu. Namun, banyak kali juga MUDA 'bercakap di depan cermin'. Bukan sahaja cakap tidak serupa bikin, malah asas perjuangan mereka juga sebenarnya kabur dan tiada hala tuju jelas. Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/11/perjuangan-muda-kabur-hala-tuju-fokus-kata-pakar/ Pengasas bersama parti itu, Lim Wei Jiet pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Dasar Ekonomi Baharu (DEB) hanya berasaskan kaum. Dakwanya, DEB 'membenarkan' projek dan kuota diberikan mengikut warna kulit. Sebenarnya, mesej yang cuba disampaikan oleh Wei Jiet adalah DEB hanya mementingkan golongan Melayu dan Bumiputera. Kenyataan Wei Jiet itu adalah tidak benar pada asasnya. Men...