Posts

Showing posts with the label Anwar Ibrahim

Naratif Melayu Mahathir Tidak Berjaya

Image
  Sepanjang 2025, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap kali memainkan naratif berkaitan Melayu. Walaupun dia cuba menaburkan pelbagai tuduhan atau dakwaan berkaitan nasib orang Melayu, namun naratif yang dimainkan gagal menemui 'kejayaan'. Mahathir sebenarnya cuba kekal relevan dengan permainan naratif Melayu. Namun, dia tidak sedar bahawa naratif tersebut tidak lagi relevan dan orang Melayu sendiri sudah muak dengan permainan Mahathir. Terdapat beberapa naratif dan isu tentang orang Melayu yang dimainkan oleh Mahathir sepanjang 2025.  Pada Februari 2025, Mahathir mendakwa parti-parti Melayu kian hilang arah dan wakil rakyat Melayu lebih mengutamakan kepentingan peribadi serta tidak mengambil peduli masa depan generasi akan datang. Mahathir mendakwa perjuangannya bukan bertujuan merampas hak orang lain, tapi untuk mempertahankan hak orang Melayu. Namun, sebenarnya, Mahathir hanya cuba menyebarkan naratif berkenaan bagi melemahkan lawan politikn...

Muhyiddin Cabar Kuasa Agong Dan Majlis Raja-Raja

Image
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan jumlah SD (Akaun Berkanun) yang diperoleh daripada Ahli Parlimen sebagai bukti Anwar meraih majoriti bagi membentuk kerajaan. Muhyiddin menegaskan PN mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selain menjadi Perdana Menteri ke-10. Muhyiddin juga dakwa kesemua dokumen sokongan sudah diserahkan kepada Istana Negara meskipun dinafikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tindakan Muhyiddin seolah-olah cuba menafikan kuasa yang dimiliki oleh YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri. Malahan Muhyiddin juga kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan YDPA sehingga membuat sidang akhbar pada hari sama Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/645596 https://malaysiagazette.com/2022/11/22/belum-terima-sd-agong-titah-rakyat-terima-apa-saha...

Parti MUDA Tidak Boleh Dipercayai

Image
Kerelaan Syed Saddiq dan Parti MUDA untuk bertembung dengan Parti Keadilan Rakyat di DUN Larkin menunjukkan kesanggupan mereka untuk menikam belakang “sekutunya” dan mendedahkan kepada rakyat bahawa MUDA tidak boleh dipercayai. Tengoklah apa yang jadi! Kata tak nak bertembung dengan rakan sepakat tapi akhirnya tetap bertembung! Macam mana nak percayai parti yang sudah mula membohong sedangkan belum bertanding lagi dalam pilihanraya? Kebelakangan ini, tidak boleh dinafikan bahawa MUDA telah mengambil kesempatan untuk menyakitkan hati sekutu-sekutu mereka. Walaupun MUDA diasaskan dengan idealisme yang menarik perhatian orang ramai, khususnya golongan belia, mereka kini terpalit dalam masalah-masalah pilihan mereka sendiri. Jadi, Syed Saddiq tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kecuali dirinya sendiri. Senang kot, kalau nak bertanding lebih kerusi, tak payah lah menunjuk sikap keangkuhan dan mintak kawasan kubu parti lain! Adakah MUDA ingat ia dapat memenangi semua kerusi mereka denga...