Posts

Showing posts with the label Tun Daim Zainuddin

Daim Gelisah Rahsia Terbongkar

Image
Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Khalid baru-baru ini membuat laporan polis selepas mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat konspirasi dalam penyalahgunaan kuasa serta siasatan terhadap suaminya. Na'imah mendakwa wujud campur tangan politik dalam siasatan berkenaan. Mengikut pertuduhan, Daim gagal mematuhi notis SPRM berhubung pengisytiharan 70 aset hartanya. Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta. Harta itu membabitkan aset antaranya satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar, 38 syarikat dan 25 hartanah serta tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/720941 Mengapa Daim takut ...

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan

Image
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na’imah Abdul Khalid baru-baru ini memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta dikenakan terhadapnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2018. Dia memfailkan permohonan itu atas alasan cukai Taksiran Tambahan bagi Tahun Taksiran 2018 berjumlah RM313,820,336.13 yang dikenakan terhadapnya adalah 'ultra vires' dan menyalahi undang-undang. Nai'mah mendakwa jumlah yang dituntut itu adalah daripada tiga unit aset di luar negara yang bukan di bawah bidang kuasa LHDN kerana undang-undang cukai pendapatan di Malaysia berfungsi berasaskan dasar wilayah. Namun, LHDN mengatakan selagi Nai'mah adalah warganegara Malaysia dan pemaustatin cukai di negara ini, dia tertakluk kepada audit cukai yang berkait dengan semua sumber pendapatan dan aset-aset menurut Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/682446/berita/...

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Image
Seorang ahli Majlis Tertinggi PPBM pada 2021 menggesa agar siasatan dijalankan terhadap dana haram rahsia UMNO. Muhammad Faiz Na'aman berkata, dakwaan berhubung akaun bank rahsia itu akan memberi kesan kepada bekas Presiden UMNO dan merupakan pengkhianatan kepada ahli-ahli UMNO, lapor Malaysiakini. Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendakwa wang tersebut disimpan dalam akaun rahsia yang tidak diaudit, digunakan bagi tujuan menerima dana politik dan melanggar peruntukan Akta Pertubuhan. Muhammad Faiz dipetik sebagai berkata, fakta bahawa akaun itu wujud sejak 1988 akan memberi kesan kepada bekas-bekas Presiden UMNO. Pada masa itu, Dr. Mahathir Mohamad adalah Presiden UMNO. Muhammad Faiz Na'aman menggegarkan dunia politik tempatan selepas Ahli Majlis Tertinggi PPBM tersebut menggesa agar satu siasatan terhadap dana haram politik yang disimpan dalam akaun rahsia tidak diaudit oleh UMNO sejak 1988. Dakwaan itu membabitkan Tun Mahathir kerana ketika itu, beliau adalah Presiden UMNO man...

Legasi Kemewahan Anak-Anak Tun Daim

Image
Apabila menyebut tentang bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, pasti kebanyakan daripada kita akan melihat dia sebagai sosok figura yang sentiasa berdiri di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad. Masakan tidak, mereka berdua memiliki sejarah yang panjang dalam politik. Semestinya, apabila memiliki sejarah yang panjang dalam politik, pastinya ada kontroversi yang melanda Tun Daim. Beberapa tahun lalu, nama Tun Daim dan ahli keluarganya terpalit dalam skandal Kertas Pandora. Namun, pendedahan Kertas Pandora terhadap Tun Daim dan keluarganya tidaklah mengejutkan kerana ramai yang mengetahui rahsia kekayaan bekas Menteri Kewangan itu. Sumber: https://ikram.org.my/watak-pandora/ Tun Daim sebelum ini dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan duit berbilion ringgit milik keluarganya di luar negara. Bayangkan anak-anak Tun Daim seawal usia 9 dan 12 tahun sudah memiliki firma di Kepulauan Virgin Britain. Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainu...

Mahathir Kawal Badan Kehakiman

Image
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti semua sedia maklum, beliau adalah seorang kuku besi. Rejim pentadbirannya mengamalkan prinsip 'kau cari masalah dengan aku, kau kena tindakan' Bahkan, Mahathir masih terperangkap dalam dunianya sendiri. Beliau masih menganggap Malaysia ini dalam genggamannya. Apa jua tidak kena, beliaulah yang lantang bersuara meskipun rakyat tahu betapa teruknya beliau sebagai Perdana Menteri. Segala urusan pentadbiran negara, Mahathir cuba campur tangan. Sudah letak jawatan sebagai Perdana Menteri sekalipun, namun masih mahu campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran. Seolah-olah orang lain tidak mampu menandingi apa yang beliau lakukan sepanjang menjadi Perdana Menteri. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/402894 Ketika menjadi Perdana Menteri, habis semua mahu dirombaknya. Bahkan sistem kehakiman negara juga dirombak oleh Mahathir. Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir yang ketika i...

KEKAYAAN SEORANG DIKTATOR

Image
30 tahun jadi presiden (1981-2011), Hosni Mubarak menyimpan aset $40 -70 bilion USD, purata setahun ialah $1.33 hingga $2.33 bilion atau antara $3.7 hingga $6.4 juta sehari. Cukup banyak, bukan sahaja tidur atas duit, boleh juga buat pekasam duit walaupun purata pendapatan tahunan rakyat Mesir hanya $11,627 (1997). Tentunya keadaan lagi memburuk bila munculnya Arab Spring. 22 tahun jadi PM ke-4, Dr Mahathir Mohamed turut mengumpul aset sebanyak $44 bilion, yakni $2 bilion setahun atau $5.5 juta sehari atau $228,310 setiap jam. Itu dalam nilai dolar, bukan ringgit ya. https://thecoverage.my/top-30-richest-world-leader-list-mahathir-ranked-no-2-us44-billion/ http://www.financetwitter.com/2011/02/marcos-mubarak-mahathir-whos-the-richest-man.html Nak tahu betapa kayanya Dr M yang pernah berkata: "mana saya ada duit", darabkan dengan kadar tukaran wang. Ambil saja kadar tukaran sebelum PH menang PRU ke-14 sekitar RM 3.8 x 228,310= RM 867,578 sejam x 24 jam = RM 20,821,872 se...