Daim Gelisah Rahsia Terbongkar


Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Khalid baru-baru ini membuat laporan polis selepas mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat konspirasi dalam penyalahgunaan kuasa serta siasatan terhadap suaminya.

Na'imah mendakwa wujud campur tangan politik dalam siasatan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Daim gagal mematuhi notis SPRM berhubung pengisytiharan 70 aset hartanya.

Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu membabitkan aset antaranya satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar, 38 syarikat dan 25 hartanah serta tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/720941


Mengapa Daim takut untuk mengisytiharkan hartanya? Bagaimana individu sekaya Daim yang memiliki puluhan atau mungkin ratusan aset tidak tersenarai sebagai manusia terkaya Malaysia?

Pelik bukan? Jika kita melihat kepada senarai semua aset yang tidak diisytiharkan, bukan kaleng-kaleng nilainya.

Daripada syarikat pengurusan hotel hinggalah kepada hartanah di seluruh negara. Belum campur aset di luar negara yang tidak dikesan oleh pihak berkuasa.

Menara Ilham yang disita oleh SPRM sebelum ini juga dianggarkan bernilai RM2 bilion dan disenarai sebagai bangunan kelapan tertinggi di Malaysia.

Agak 'mengagumkan' apabila seorang bekas menteri mampu memiliki sebuah bangunan bernilai berbilion ringgit dan pegangan dalam pelbagai syarikat.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1191695/menara-ilham-disita-sprm-urusan-berjalan-macam-biasa


Daim juga dikatakan memiliki 50 cawangan bank di seluruh dunia.

RM60 bilion miliknya dikatakan sedang berada di luar negara dan disimpan di beberapa negara termasuklah Indonesia, Afrika, Switzerland dan Panama.

Taktik Daim yang menyimpan wang merentasi beberapa benua di dunia adalah supaya asetnya itu sukar dijejaki oleh pihak berkuasa.

Kesemua duitnya yang berada di luar negara mungkin memiliki kaitan dengan 'kehilangan' wang Bank Negara Malaysia (BNM) sewaktu skandal Forex pada 1990-an.

Oleh sebab itu, sehingga kini wang berkenaan tidak boleh dikesan oleh pihak berkuasa dan individu lain dijadikan kambing hitam oleh Daim susulan skandal tersebut.

SUMBER: https://www.thecoverage.my/94/mahathir-tun-daim-has-banking-empire-in-more-than-50-banks


Daim sangat licik dalam menyakau duit kerajaan bersama-sama Naimah.

Daim akan mengagihkan wang negara sebagai Menteri Kewangan kepada keluarganya manakala Naimah digelar sebagai taikun besar dalam dunia perniagaan.

Naimah sebelum ini adalah pemegang saham majoriti Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd (SPK).

Daim sebagai Menteri Kewangan akan memberikan kontrak kepada SPK berbilion ringgit selama beberapa tahun.

Daim dan Naimah juga mempunyai orang kanan mereka iaitu Josephine Premla Suvaretnam yang berperanan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat milik pasangan suami isteri itu.

Josephine juga menguruskan urusan pelaburan luar negara bagi pihak Daim seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.

Pendek kata, Daim dan Naimah sangat licik dalam menyakau wang negara secara senyap-senyap.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/23/daims-wife-naimah-charged-with-failure-to-declare-assets-to-macc/113995


Daim sanggup melakukan apa sahaja untuk menyembunyikan kerja kotornya daripada terbongkar.

Penyakau duit negara seperti Daim perlu disiasat sepenuhnya dan tidak boleh dibiarkan terlepas.

Bagaimana seorang berpangkat menteri suatu masa dulu mempunyai harta berbilion ringgit di dalam dan luar negara?

Pembongkaran tentang semua harta Daim perlu dibuat supaya dijadikan pengajaran oleh semua pemimpin lain untuk lebih telus serta amanah kepada rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan