Posts

Showing posts from July, 2026

MUDA Gagal Bawa Sebarang Pembaharuan Untuk Johor

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memiliki ahli yang mempunyai kerusi di Johor. Salah seorangnya adalah Presiden parti, Amira Aisya Abdul Aziz yang menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa. Namun, ramai sedia maklum bahawa kerusi tersebut bukanlah dimiliki secara 'sah' oleh Amira Aisya. Sebaliknya, kerusi itu adalah 'hadiah' daripada Pakatan Harapan (PH) kepada MUDA sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. Disebabkan itu, PH bercadang mahu merampas semula kerusi tersebut pada PRN Johor 2026. Selain tindakan MUDA keluar daripada blok kerajaan pada 2023, banyak lagi faktor mengapa PH atau parti lain ingin merampas kerusi Puteri Wangsa. Amira Aisya Abdul Aziz kerap kali memuat naik hantaran yang tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang wakil rakyat. Wajarkah seorang ADUN memuat naik hantaran berkenaan kafe berkonsepkan 'hipster' beberapa kali di media sosial? Wajarkah seorang ahli Parlimen mengulang ciapan berhu...