Posts

Showing posts with the label PRN

MUDA Gagal Tangani Krisis Sendiri

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) melangkah masuk ke pentas politik Malaysia dengan lagak seorang penyelamat pada enam tahun lalu. Penuh bersemangat dan mendakwa mereka adalah 'angin segar' yang bakal membawa pembaharuan kepada politik lama di negara ini. Namun, parti itu hari ini berdepan pelbagai krisis dalaman yang merosakkan MUDA sedikit demi sedikit. Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah ujian sebenar buat MUDA dan kelemahan parti itu dari awal lagi sudah terdedah seluas-luasnya.  Kelemahan terbesar MUDA di Johor bukan sekadar soal jentera atau dana parti, namun lebih daripada itu. MUDA gagal memahami denyut nadi belia Johor yang sebenar. Majoriti belia Johor bukanlah anak muda liberal di kawasan bandar yang gemar berdebat di kafe-kafe yang memiliki kemudahan Internet. Golongan belia di negeri itu adalah mereka yang risau tentang isu peluang pekerjaan, kos hidup, masalah agama dan Pendidikan Kesemua isu itu memerlukan jawapan yang konkrit daripada mereka yang lebih...

Johor Boleh Contohi Langkah Sarawak

Image
Sejak kira-kira sembilan bulan berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), politik Malaysia masih belum stabil. Berakhir PRU, rakyat mengalami Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri yang menyaksikan pertembungan gabungan parti kerajaan dan gabungan parti pembangkang yang sengit. Belum reda kehangatan PRN, Johor pula akan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada bulan September. Keputusan PRU dan PRN menunjukkan secara kasar sokongan yang boleh dikatakan sama rata dalam kalangan orang ramai terhadap gabungan parti kerajaan dan gabungan parti pembangkang. Namun, situasi politik tidak menentu khususnya kepada Johor boleh memberi kesan kurang baik kepada kestabilan negeri berkenaan. Justeru, apakah langkah yang boleh diambil oleh Johor khususnya dalam menangani gelombang ketidakstabilan politik di negeri berkenaan. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1144922/ph-bn-mampu-menang-di-prk-pulai-pn-mungk...