Posts

Showing posts with the label Barisan Nasional

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Image
Seorang ahli Majlis Tertinggi PPBM pada 2021 menggesa agar siasatan dijalankan terhadap dana haram rahsia UMNO. Muhammad Faiz Na'aman berkata, dakwaan berhubung akaun bank rahsia itu akan memberi kesan kepada bekas Presiden UMNO dan merupakan pengkhianatan kepada ahli-ahli UMNO, lapor Malaysiakini. Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendakwa wang tersebut disimpan dalam akaun rahsia yang tidak diaudit, digunakan bagi tujuan menerima dana politik dan melanggar peruntukan Akta Pertubuhan. Muhammad Faiz dipetik sebagai berkata, fakta bahawa akaun itu wujud sejak 1988 akan memberi kesan kepada bekas-bekas Presiden UMNO. Pada masa itu, Dr. Mahathir Mohamad adalah Presiden UMNO. Muhammad Faiz Na'aman menggegarkan dunia politik tempatan selepas Ahli Majlis Tertinggi PPBM tersebut menggesa agar satu siasatan terhadap dana haram politik yang disimpan dalam akaun rahsia tidak diaudit oleh UMNO sejak 1988. Dakwaan itu membabitkan Tun Mahathir kerana ketika itu, beliau adalah Presiden UMNO man...

PH Gagal Bawa Kemajuan Di Johor

Image
Johor sebelum ini diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) mengalami kegagalan sebelum diambil alih semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Mac lalu. Banyak kegagalan yang dilakukan oleh PH di Johor sehingga tiada kemajuan dicapai sepanjang tempoh pemerintahan parti berkenaan. Mujur, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dan rakyat Johor dapat bernafas semula di bawah kerajaan baharu. Sepanjang lapan bulan BN memerintah semula, banyak kemajuan berjaya dicapai oleh negeri itu dan kejayaan itu berkemungkinan besar akan terus berlaku dalam tahun-tahun mendatang sekiranya mandat terus diberikan kepada kerajaan ketika ini. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/rasmi-prn-johor-bn-menang-majoriti-dua-pertiga-bentuk-kerajaan-negeri-351486 Salah satu kegagalan kerajaan PH di Johor adalah tiadanya pelan ekonomi untuk rakyat negeri itu. Selain menjenamakan semula inisiatif kerajaan sebelum itu, tiada naratif ekonomi baharu diwujudkan atau ditawarkan oleh PH.Johor berjaya meningkatkan ...

Parti MUDA Tidak Boleh Dipercayai

Image
Kerelaan Syed Saddiq dan Parti MUDA untuk bertembung dengan Parti Keadilan Rakyat di DUN Larkin menunjukkan kesanggupan mereka untuk menikam belakang “sekutunya” dan mendedahkan kepada rakyat bahawa MUDA tidak boleh dipercayai. Tengoklah apa yang jadi! Kata tak nak bertembung dengan rakan sepakat tapi akhirnya tetap bertembung! Macam mana nak percayai parti yang sudah mula membohong sedangkan belum bertanding lagi dalam pilihanraya? Kebelakangan ini, tidak boleh dinafikan bahawa MUDA telah mengambil kesempatan untuk menyakitkan hati sekutu-sekutu mereka. Walaupun MUDA diasaskan dengan idealisme yang menarik perhatian orang ramai, khususnya golongan belia, mereka kini terpalit dalam masalah-masalah pilihan mereka sendiri. Jadi, Syed Saddiq tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kecuali dirinya sendiri. Senang kot, kalau nak bertanding lebih kerusi, tak payah lah menunjuk sikap keangkuhan dan mintak kawasan kubu parti lain! Adakah MUDA ingat ia dapat memenangi semua kerusi mereka denga...

MAHATHIR, CUKUPLAH BERSEMBUNYI DI BELAKANG PROKSI-PROKSI ANDA

Image
Awal minggu ini seorang taikun, Tan Sri Lee Kim Yew telah menafikan bahawa beliau adalah penganjur majlis Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) setelah mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijemput sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan program tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah ditipu oleh para penganjur WCEF, dan mendakwa bahawa WCEF ini tiada kaitan dengan program asal yang diasaskan beliau. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/604776 https://malaysiagazette.com/2021/12/28/wcef-2021-tiada-kaitan-dengan-lee-kim-yew-isi/ Jadi, kenapakah beliau hanya menafikan penglibatannya terhadap program forum ini selepas Datuk Seri Najib Razak? Mengapakah beliau ingin memalukan Datuk Seri Najib, sedangkan beliau sudah kini mengharungi pelbagai cabaran yang termasuk juga hukuman penjara? Jawapannya senang. Tan Sri Lee Kim Yew sebenarnya sahabat karib Tun Dr Mahathir. Senang saja nak tahu bagaimana mereka boleh dikaitkan bersama. Tan Sri Lee Kim Yew adalah...