Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO


Seorang ahli Majlis Tertinggi PPBM pada 2021 menggesa agar siasatan dijalankan terhadap dana haram rahsia UMNO.

Muhammad Faiz Na'aman berkata, dakwaan berhubung akaun bank rahsia itu akan memberi kesan kepada bekas Presiden UMNO dan merupakan pengkhianatan kepada ahli-ahli UMNO, lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendakwa wang tersebut disimpan dalam akaun rahsia yang tidak diaudit, digunakan bagi tujuan menerima dana politik dan melanggar peruntukan Akta Pertubuhan.

Muhammad Faiz dipetik sebagai berkata, fakta bahawa akaun itu wujud sejak 1988 akan memberi kesan kepada bekas-bekas Presiden UMNO. Pada masa itu, Dr. Mahathir Mohamad adalah Presiden UMNO.

Muhammad Faiz Na'aman menggegarkan dunia politik tempatan selepas Ahli Majlis Tertinggi PPBM tersebut menggesa agar satu siasatan terhadap dana haram politik yang disimpan dalam akaun rahsia tidak diaudit oleh UMNO sejak 1988.

Dakwaan itu membabitkan Tun Mahathir kerana ketika itu, beliau adalah Presiden UMNO manakala Tun Daim pula memegang jawatan Bendahari UMNO.

Berita tentang akaun rahsia itu digunakan untuk menerima dana politik didedahkan dalam kes mahkamah 1MDB dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berjalan.

Pada 1988, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Presiden UMNO. Beliau memegang jawatan itu dari 28 Jun 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Tun Daim pula berperanan sebagai Bendahari UMNO antara 1984 hingga 1999 serta menjadi Bendahari Barisan Nasional (BN).

Sekiranya ada sesiapa yang mengetahui tentang butiran kewangan serta bank akaun UMNO, sudah tentu kedua-dua individu berpangkat Tun ini mengetahuinya dan kemungkinan tiada orang lain yang tahu.

Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik tentang perkara ini di akaun Facebook miliknya dan jelas hantaran berkenaan merujuk kepada Tun Mahathir dan Tun Daim.

Tentunya, beliau telah mengalihkan perhatian orang ramai kembali ke tahun 1988 ketika kedua-dua Tun itu berkuasa dan membuat semua keputusan dalam UMNO.

Dan kini banyak desakan dan permintaan supaya perkara itu disiasat dengan lebih lanjut.

Apa yang kita ketahui tentang dana haram ini, mungkin hanya permulaan kepada sesuatu yang lebih buruk yang tidak diketahui oleh rakyat.

Meskipun pendedahan terbaharu ini dan kes mahkamah yang sedang berjalan pasti akan memberikan lebih banyak maklumat tentang bagaimana UMNO beroperasi sebelum ini, ramai ingin tahu berhubung saiz dana haram itu, dari mana wang itu datang dan siapa yang menguruskannya.

Menariknya, Raja Petra pernah menulis tentang perkara ini pada 2018. Beliau menyatakan dana tersebut berkemungkinan berjumlah RM500 bilion sehingga RM3 trilion.

Walaupun nilai itu dilihat sebagai besar, namun jumlah tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil jika mengambil kira tempoh masa akaun berkenaan wujud.

Tun Daim sering kali membisu dan jarang membuat sebarang kenyataan media. Namun dalam tiga tahun kebelakangan ini terutamanya ketika kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun M ambil alih negara sehinggalah Tun M meletakkan jawatan pada Februari 2020, Tun Daim sering kali mengeluarkan kenyataan apabila sesuatu yang penting sedang berlaku atau akan berlaku.Ini telah dianalisis secara terperinci tetapi mari kita lihat kembali penglibatan awal lelaki ini dalam UMNO.

Adalah selamat untuk mengatakan bahawa Tun Daim sentiasa berperanan sebagai orang kanan halimunan Tun Mahathir. Beliau adalah pakar kewangan yang mengetahui kaedah untuk menstrukturkan perjanjian dan banyak kali dilihat menjadi orang penting membantu negara.

Namun seperti diketahui ramai, Tun Daim tidak menjadi hartawan dengan hanya menjual garam, beliau juga mendapat keuntungan menerusi pelbagai perniagaan dan dikenali sebagai proksi serta orang yang setia kepada Tun Mahathir.

Tun Mahathir sangat mengecewakan, sejak beliau menjadi PM pada Mei 2018 (semasa beliau dihargai oleh rakyat kerana berjaya menjatuhkan BN) sehingga beliau meletakkan jawatan pada Februari 2020.

Ramai orang yang mengundinya mahu melihat beliau mengubah negara, kini percaya bahawa harimau bintang tua tersebut tidak pernah berubah belangnya dan tidak pernah berminat dengan kebajikan rakyat atau memajukan negara.

Tindakan dan keputusannya dilihat hanya meneruskan agenda lamanya dan cuba menyelesaikan segala urusan lama beliau.

Malahan, manifesto Pakatan Harapan dibuang dan segala bentuk alasan diberikan setiap hari yang menggambarkan kegagalan beliau menunaikan janji.

Namun si musang tua terus melakukan perangai lamanya semasa beliau menjadi PM ke-4. Ini termasuklah 'menyerang' negara lain yang kemudiannya menghukum Malaysia dengan pelbagai cukai dan sekatan perdagangan.

Sejak 2020, Tun Mahathir turut berulang kali mengeluarkan kenyataan selepas meletakkan jawatan sebagai PM, menyerang pakatan dibentuk Bersatu - UMNO atau dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) serta menuduh pemimpin Bersatu menyokong rasuah dan kleptokrasi selepas beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang berdepan kes mahkamah menyokong pembentukan kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dan kini, salah satu kes mahkamah tersebut mendedahkan Tun Mahathir berkemungkinan merupakan orang yang memulakan dana haram di UMNO sejak 1988.

Ini sudah tentu bukan satu perkara baharu kerana Tun Mahathir dan Tun Daim pernah melakukan perkara sama sebelum ini.

Tempoh Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali pertama digambarkan sebagai kapitalisme Bumiputera - yang menjadi titik permulaan kepada sesuatu yang lebih dahsyat dikenali sebagai 1MDB.

Melalui dirinya sendiri, Tun Daim dan protegenya, Anwar Ibrahim, sebelum Anwar dipecat pada September 1998 - sejumlah besar aset awam telah diswastakan termasuk projek bernilai berbilion ringgit seperti Lebuhraya Utara-Selatan, air dan pembentungan, Empangan Bakun, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Jika diimbas kembali, langkah berkenaan hanya memberi manfaat kepada golongan elit politik yang ditugaskan untuk menjaga aset-aset tersebut serta rakan niaga korporat yang mereka gunakan untuk mewujudkan sesuatu yang sahih - salah seorang daripada mereka bahkan cuba membeli Lebuhraya PLUS pada 2020, tidak syak lagi atas arahan Mahathir dan Daim.

Walaupun langkah itu memodenkan Malaysia, ia juga menyumbang kepada ketidaksamaan sosial dan struktur yang kita lihat hari ini. Indeks Gini untuk Malaysia (yang mengukur ketidaksamaan dengan 1 adalah tertinggi dan 0 adalah terendah) mencapai paras tertinggi ketika kemuncak rejim pertama Mahathir iaitu 0.49 dan hanya merosot dengan ketara semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya.

Adakah kita bersedia untuk membuang semua usaha yang dilakukan untuk mengatasi ketidaksamaan? Apabila syarikat-syarikat kapitalis Bumiputera ini gagal, mereka sering diselamatkan.

Yang rugi hanyalah rakyat, yang kini harus menghadapi dan membayar untuk pelbagai infrastruktur awam yang tidak memuaskan dan terlalu mahal. Bahkan dalam masa 22 bulan yang singkat ketika Tun M menjadi PM semasa Pakatan Harapan berkuasa, terdapat banyak tanda-tanda orang kaya menjadi lebih kaya terutamanya mereka yang rapat dengan Tun Mahathir dan Tun Daim.

Beberapa bulan selepas kemenangan bersejarah pada 2018, surat pelantikan yang ditujukan kepada Petron Fuel International Bhd sebagai salah satu pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan menjadi tular di media sosial.

Salah seorang anak Mahathir, Mirzan Mahathir, merupakan pengarah Petron Corporation yang berpangkalan di Filipina yang memiliki Petron Malaysia.

Hanya selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Opcom Cables iaitu sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan kabel gentian optik serta produk berkaitan kabel di Malaysia, telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.

Mokhzani Mahathir merupakan Pengerusi dan CEO Opcom Cables pada masa itu manakala abangnya, Mukhriz (yang juga pengasas bersama Opcom), adalah pemegang saham terbesar sehinggalah beliau menyerahkan sahamnya kepada isterinya sebelum menceburi politik.

Pada 29 Ogos 2019, saham Opcom meningkat sebanyak 41.11 peratus dalam tempoh sehari - sesuatu yang sangat aneh memandangkan kerajaan baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Mokhzani juga merupakan orang terkaya ke-45 di Malaysia mengikut senarai Forbes pada 2020 dengan nilai bersih kekayaannya sebanyak lebih AS$305 juta. Malah, ada yang menganggarkan bahawa jumlah aset anak-anak Mahathir mencecah lebih AS$15 bilion jika digabungkan.

Secara perbandingan, lebih separuh daripada populasi dewasa di Malaysia mempunyai harta kurang daripada AS$10,000 pada 2019.

Walaupun kita dianggap sebagai negara berpendapatan sederhana, kita mesti tertanya-tanya bagaimana anak-anak Perdana Menteri, yang gajinya mencapai had siling, boleh mengumpul sebegitu banyak kekayaan dalam satu generasi sahaja?

Malangnya jawapannya adalah jelas dan kita tentang seorang individu yang sentiasa merendahkan nasib orang miskin, mengatakan bahawa mereka harus bekerja lebih keras seperti anak-anaknya.

Terutamanya orang Melayu sering dilabel sebagai malas. Sekali lagi apabila difikirkan semula, bolehkah kita menyalahkan sesiapa selain diri kita sendiri selepas apa yang berlaku ketika ini?

Dengan Kabinet yang sengaja dibentuk lemah untuk mengikut kehendaknya, tidak hairanlah reformasi yang dijanjikan gagal dilaksanakan.

Ramai daripada kita tertipu bahawa keadaan akan berubah apabila Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan menganggap Tun Mahathir sudah berubah selepas beberapa tahun.

Kini, menerusi pendedahan terbaharu di mahkamah, rupa-rupanya kedua-dua Tun ini menggunakan derma politik dalam bentuk dana haram yang disembunyikan daripada pengetahuan UMNO sendiri untuk menjadikan mereka dan kroni lebih kaya.

Tetapi ini adalah satu lagi kisah yang kita sudah lali baca atau dengar. Dan kini Mahathir menyerang musuh politiknya, terutama para pemimpin Bersatu yang tidak lagi menyokongnya dengan mempersoalkan moral mereka bekerjasama dengan 'pencuri' sebagai sekutu.

Tolonglah Tun...apa nama...tolong hentikan drama ini, rakyat sudah menderita akibat Covid-19 dan kesan ekonomi yang berlaku. Kami benar-benar tidak akan terkejut jika lebih banyak rahsia kotor kedua-dua musang tua ini terbongkar, sama ada daripada tahun 1988 atau bahkan 2018. Hari ini, keluarga miskin bergelut untuk membeli tablet RM400 yang diperlukan oleh anak-anak mereka untuk pembelajaran dalam talian akibat pandemik Covid-19. Sementara kekayaan keluarga Mahathir cukup untuk membeli 1 komputer riba untuk setiap keluarga di Malaysia. Dan itu belum termasuk kekayaan Tun Daim.

Comments

Popular posts from this blog

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Mukhriz Wajar Disiasat