Razak Baginda Dakwa Pembunuhan Altantuya ' Kes Biasa'
Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda popular dalam kalangan rakyat Malaysia hanya kerana satu sebab.
Abdul Razak didakwa membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Kes pembunuhan itu bukan sahaja mendapat liputan media tempatan, malahan media antarabangsa.
Insiden pembunuhan tersebut berada pada skala yang berbeza.
Namun, Abdul Razak hanya mengatakan pembunuhan Altantuya adalah 'pembunuhan biasa'. Abdul Razak pernah mendakwa kes pembunuhan Altantuya adalah pembunuhan biasa.
Adakah kes jenayah pembunuhan melibatkan penggunaan pistol dan bom jenis C4 adalah 'biasa'?
Pembunuhan terhadap manusia lain bukanlah sesuatu yang biasa malah disifatkan tidak berperikemanusiaan.
Tidak ada kategori pembunuhan biasa. Pembunuhan tetap pembunuhan.
Atau adakah Abdul Razak sebenarnya 'sudah biasa' melakukan pembunuhan sehingga merasakan kes melibatkan Altantuya adalah 'biasa'?
SUMBER: https://greenboc.blogspot.com/2015/01/apa-ertinya-pembunuhan-biasa-wahai.html
Abdul Razak sebelum ini pernah melarikan diri ke United Kingdom (UK) selepas kes pembunuhan berkenaan.
Kenapa dia perlu lari ke UK kalau benar-benar tidak bersalah seperti yang selalu didakwa oleh Abdul Razak?
Perlakuan Abdul Razak itu mencetuskan keraguan dalam kalangan rakyat, seolah-olah dia sudah merancang lama untuk melarikan diri ke UK supaya tidak dikenakan sebarang tindakan di Malaysia.
Abdul Razak juga pernah mendakwa dia sudah melupakan 'kisah silamnya' tentang kes pembunuhan Altantuya dan mengakui 'tidak ambil peduli lagi'.
'Kisah silam' itu yang mengorbankan seorang wanita dan menyebabkan sebuah keluarga kehilangan orang yang mereka sayang gara-gara perlakuan kejam Abdul Razak.
SUMBER: https://mountdweller88.blogspot.com/2017/11/razak-baginda-kini.html
Abdul Razak dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya.
Model itu dikatakan tidak pernah menjadi jurubahasa untuk perjanjian pembelian kapal selam Scorpene atau terlibat dalam sebarang rundingan kontrak.
Abdul Razak memiliki motif peribadi untuk membunuh Altantuya.
Altantuya didakwa mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran sebanyak AS$500,000 daripada hasil perjanjian Scorpene.
Mengapa Altantuya meminta wang sebanyak itu daripada Abdul Razak?
Abdul Razak merupakan pengarah syarikat yang dinamakan sebagai Terasasi (Hong Kong) Ltd.
Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.
Syarikat itu pada mulanya diperbadankan sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd pada Jun 2002.
Sejumlah AS$1.2 bilion jualan kapal selam Scorpene yang diperoleh daripada Kementerian Pertahanan Malaysia disalurkan kepada Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.
Abdul Razak pula mengakui menerima kira-kira 30 juta euro bagi khidmat konsultasi dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.
Namun, sebanyak 114 juta euro telah dibayar sebagai 'yuran' oleh syarikat Perancis dikenali sebagai DCNS kepada syarikat perunding Perimekar Sdn. Bhd.
Pemegang saham utama syarikat berkenaan sebenarnya adalah isteri kepada Abdul Razak Baginda.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/194290
Tiada siapa yang patut menilai sesuatu pembunuhan adalah 'biasa'.
Abdul Razak perlu berjumpa doktor dan periksa kesihatan otaknya.
Manusia yang waras tidak akan sesekali mengatakan pembunuhan adalah sesuatu perkara yang biasa.
Kenyataan Abdul Razak seolah-olah menunjukkan dia bukan sekadar rakan subahat semata-mata tetapi adalah dalang pembunuhan Altantuya.
Comments
Post a Comment