Posts

Showing posts with the label SPRM

Anak-Anak Mahathir Tidak Perlu Bekerja Keras

Image
Anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dituntut untuk menjelaskan sumber kekayaan atau memulangkan semula wang mereka kepada kerajaan. Anak-anak Mahathir dilaporkan memiliki kekayaan luar biasa bernilai berbilion ringgit. Kerajaan mempertikaikan bagaimana anak-anak bekas Perdana Menteri memiliki kekayaan sebanyak itu. Ramai mengatakan anak-anak Mahathir memperoleh kekayaan mereka menerusi pengaruh Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini, Tan Sri Mokhzani Mahathir memiliki aset bernilai sekitar RM1 bilion manakala Mirzan Mahathir mempunyai aset sebanyak RM246.2 juta seperti diisytiharkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Realitinya itulah yang terjadi meskipun Mahathir berulang kali menafikan dakwaan tersebut. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/07/1426695/anak-anak-dr-mahathir-perlu-penjelas-sumber-kekayaan-pm Anak-anak Mahathir sering mendapat keistimewaan kerana bapa mereka adalah Perdana Menteri sebelum ini. Buka...

Daim Gelisah Rahsia Terbongkar

Image
Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Khalid baru-baru ini membuat laporan polis selepas mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat konspirasi dalam penyalahgunaan kuasa serta siasatan terhadap suaminya. Na'imah mendakwa wujud campur tangan politik dalam siasatan berkenaan. Mengikut pertuduhan, Daim gagal mematuhi notis SPRM berhubung pengisytiharan 70 aset hartanya. Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta. Harta itu membabitkan aset antaranya satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar, 38 syarikat dan 25 hartanah serta tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/720941 Mengapa Daim takut ...

Legasi Kemewahan Anak-Anak Tun Daim

Image
Apabila menyebut tentang bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, pasti kebanyakan daripada kita akan melihat dia sebagai sosok figura yang sentiasa berdiri di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad. Masakan tidak, mereka berdua memiliki sejarah yang panjang dalam politik. Semestinya, apabila memiliki sejarah yang panjang dalam politik, pastinya ada kontroversi yang melanda Tun Daim. Beberapa tahun lalu, nama Tun Daim dan ahli keluarganya terpalit dalam skandal Kertas Pandora. Namun, pendedahan Kertas Pandora terhadap Tun Daim dan keluarganya tidaklah mengejutkan kerana ramai yang mengetahui rahsia kekayaan bekas Menteri Kewangan itu. Sumber: https://ikram.org.my/watak-pandora/ Tun Daim sebelum ini dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan duit berbilion ringgit milik keluarganya di luar negara. Bayangkan anak-anak Tun Daim seawal usia 9 dan 12 tahun sudah memiliki firma di Kepulauan Virgin Britain. Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainu...

PAS Lidah Bercabang, Cakap Tak Serupa Bikin

Image
Seorang Menteri Besar Perikatan Nasional (PN) dikatakan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila didakwa terlibat dalam skandal penyelewengan dana kerajaan bernilai RM95.2 bilion. Kerajaan negeri pimpinan PN ini bukanlah banyak, hanya ada empat negeri sahaja. Kesemuanya diperintah oleh PAS. Bolehlah anda selidik sendiri siapakah Menteri Besar yang dimaksudkan itu. Semasa darurat zaman pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan tidak mengikut lunas yang sah mengikut Perlembagaan. Nak tanya kepada PAS, apakah itu tindakan menyakau atau sekadar mengambil komisen? Bukan apa, apabila pihak lain terpalit skandal sama, PAS gelar mereka sebagai perasuah dan penyakau tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri, dilabel komisen. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=p14y1TGvOVw Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa takrif rasuah perlu dikaji dari sudut pandangan Islam yang seben...