Anak-Anak Mahathir Tidak Perlu Bekerja Keras
Anak-anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dituntut untuk menjelaskan sumber kekayaan atau memulangkan semula wang mereka kepada kerajaan.
Anak-anak Mahathir dilaporkan memiliki kekayaan luar biasa bernilai berbilion ringgit.
Kerajaan mempertikaikan bagaimana anak-anak bekas Perdana Menteri memiliki kekayaan sebanyak itu.
Ramai mengatakan anak-anak Mahathir memperoleh kekayaan mereka menerusi pengaruh Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri.
Sebelum ini, Tan Sri Mokhzani Mahathir memiliki aset bernilai sekitar RM1 bilion manakala Mirzan Mahathir mempunyai aset sebanyak RM246.2 juta seperti diisytiharkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Realitinya itulah yang terjadi meskipun Mahathir berulang kali menafikan dakwaan tersebut.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/07/1426695/anak-anak-dr-mahathir-perlu-penjelas-sumber-kekayaan-pm
Anak-anak Mahathir sering mendapat keistimewaan kerana bapa mereka adalah Perdana Menteri sebelum ini.
Bukan sekali tapi dua kali menjadi Perdana Menteri. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang individu dipilih menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Namun, Mahathir menggunakan kedua-dua peluang itu untuk memberikan 'kekayaan negara' kepada anak-anaknya.
Selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.
Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.
Situasi tersebut dilihat sangat aneh memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.
Mukhriz pada masa itu sudah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi syarikat itu namun masih memegang 23.28% saham manakala isterinya memiliki 14.11% ekuiti.
Pada tahun sama, Mukhriz bersama-sama isterinya mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25.1 juta.
Namun peliknya, keuntungan ekuiti saham yang diperoleh menerusi Opcom Holdings Berhad pada tahun itu tidak dinyatakan sekali dalam pengisytiharan harta berkenaan.
Sepatutnya nilai harta Mukhriz dan isterinya adalah RM37.9 juta jika mengambil kira jumlah pegangan saham mereka dalam Opcom.
Mana perginya lebihan harta tersebut? Adakah disimpan di luar negara supaya tidak dijejaki oleh pihak berkuasa negara ini?
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/09/09/as-opcom-shares-rise-so-do-whispers-about-cronyism-and-new-malaysia
Mokhzani menubuhkan Kencana Capital Sdn. Bhd. pada akhir 2001 bernilai RM30 juta.
Syarikat itu diberikan lesen fabrikasi (offshore structures) oleh Petronas pada 2002.
Kencana Capital Sdn. Bhd. kemudiannya dijenamakan semula sebagai Kencana Petrolium Berhad.
Kencana Petrolium Berhad merupakan salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen berkenaan di Malaysia pada masa itu.
Pada 2012, Kencana Petrolium Berhad dianugerahkan kontrak sebanyak RM700 juta oleh Petronas.
Mahathir yang ketika memegang jawatan sebagai penasihat Petronas dikatakan mempengaruhi keputusan Petronas menganugerahkan kontrak itu.
Mokhzani kemudiannya diisytiharkan sebagai orang kesembilan terkaya di Malaysia dan orang Melayu kedua terkaya pada 2013 dengan aset bernilai RM4.22 bilion susulan keuntungan Kencana Petrolium Berhad yang semakin meningkat.
SUMBER: https://www.offshore-energy.biz/kencana-hl-clinches-two-huc-contracts-offshore-malaysia/
Pada 1992, Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.
Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).
Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.
Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.
Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.
KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion.
Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.
Mahathir diminta membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi dia tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.
Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.
SUMBER: https://www.thecoverage.my/5530/mirzan-mahathir-konsortium-perkapalan-bailout
Betapa bertuahnya menjadi anak-anak Mahathir. Semuanya sudah disediakan oleh bapa mereka yang sangat berpengaruh besar.
Tidak perlu bekerja keras seperti anak-anak Melayu yang lain.
Sememangnya anak-anak Mahathir perlu menjelaskan kesemua sumber kekayaan mereka.
Taikun-taikun Cina juga memerlukan tempoh dua atau tiga generasi untuk memastikan anak-anak mereka mendapat kekayaan.
Namun, Mahathir hanya memerlukan tempoh beberapa dua atau tiga dekad sahaja untuk memastikan anak-anaknya kaya-raya serta memiliki harta berbilion ringgit setiap seorang.
Comments
Post a Comment