Posts

Showing posts with the label Kelantan

PAS Biadab, Mahu Terus Jatuhkan Kerajaan

Image
PAS nampaknya cuba bermain api dengan mengatakan saranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung perubahan kerajaan adalah pandangan peribadi baginda. YDPA bertitah sekiranya mahu bermain politik atau cuba mengubah kerajaan, perlu tunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16. Titah baginda itu ada asasnya kerana ketika pemerintahan Sultan Pahang sebagai YDPA ke-16 sebelum ini, negara menyaksikan tiga kali perubahan kerajaan dalam tempoh lima tahun. Sultan Pahang sendiri mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan menggesa semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang, berganding bahu semula serta mengetepikan perbezaan politik. Disebabkan itu, YDPA ke-17 iaitu Sultan Ibrahim mahu semua pihak lebih fokus kepada kesejahteraan rakyat dan kurangkan bermain politik. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/697466 Membuat dakwaan bahawa titah YDPA hanya sekadar 'pandangan peribadi' menunjukkan sikap biadab PAS terhadap institusi diraja. PAS seolah-olah tidak men...

PAS Lidah Bercabang, Cakap Tak Serupa Bikin

Image
Seorang Menteri Besar Perikatan Nasional (PN) dikatakan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila didakwa terlibat dalam skandal penyelewengan dana kerajaan bernilai RM95.2 bilion. Kerajaan negeri pimpinan PN ini bukanlah banyak, hanya ada empat negeri sahaja. Kesemuanya diperintah oleh PAS. Bolehlah anda selidik sendiri siapakah Menteri Besar yang dimaksudkan itu. Semasa darurat zaman pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan tidak mengikut lunas yang sah mengikut Perlembagaan. Nak tanya kepada PAS, apakah itu tindakan menyakau atau sekadar mengambil komisen? Bukan apa, apabila pihak lain terpalit skandal sama, PAS gelar mereka sebagai perasuah dan penyakau tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri, dilabel komisen. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=p14y1TGvOVw Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa takrif rasuah perlu dikaji dari sudut pandangan Islam yang seben...