PAS Biadab, Mahu Terus Jatuhkan Kerajaan


PAS nampaknya cuba bermain api dengan mengatakan saranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung perubahan kerajaan adalah pandangan peribadi baginda.

YDPA bertitah sekiranya mahu bermain politik atau cuba mengubah kerajaan, perlu tunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16.

Titah baginda itu ada asasnya kerana ketika pemerintahan Sultan Pahang sebagai YDPA ke-16 sebelum ini, negara menyaksikan tiga kali perubahan kerajaan dalam tempoh lima tahun.

Sultan Pahang sendiri mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan menggesa semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang, berganding bahu semula serta mengetepikan perbezaan politik.

Disebabkan itu, YDPA ke-17 iaitu Sultan Ibrahim mahu semua pihak lebih fokus kepada kesejahteraan rakyat dan kurangkan bermain politik.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/697466


Membuat dakwaan bahawa titah YDPA hanya sekadar 'pandangan peribadi' menunjukkan sikap biadab PAS terhadap institusi diraja.

PAS seolah-olah tidak menghormati institusi diraja dengan mempertikaikan titah baginda dan melabelkan saranan itu sebagai 'pandangan peribadi' baginda.

Pandangan YDPA sepatutnya tidak hanya dilihat sebagai pandangan peribadi semata-mata tetapi satu nasihat yang mendalam untuk mengubah senario politik negara masa kini.

Sampai bila rakyat mahu menonton drama politik sedangkan negara kini berdepan pelbagai krisis ekonomi yang meruncing?

Harga barang mahal, ringgit jatuh, bekalan makanan tidak mencukupi. Rakyat sudah penat dengan ketidakstabilan politik.

Sepatutnya PAS mengambil saranan baginda dengan hati terbuka dan bersama-sama membantu kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat dapat dicapai.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengatakan semua perkara perlu mengikut Perlembagaan Persekutuan, termasuk sekiranya Perdana Menteri hilang keyakinan terhadapnya.

Takiyuddin seperti memberi bayangan bahawa PAS akan merencana satu lagi agenda untuk cuba menjatuhkan kerajaan.

Sebelum ini, PAS dalang utama dalam Langkah Sheraton pada 2020 dan terbabit cuba menjatuhkan kerajaan semasa menerusi Langkah Dubai.

Meskipun Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen undang-undang tertinggi negara, tetapi Takiyuddin perlu melihat dalam konteks lebih luas berhubung saranan YDPA.

YDPA hanya meminta satu kerajaan yang stabil dan mementingkan kebajikan rakyat. Namun Takiyuddin cuba mengaitkan saranan itu dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kalau mahu ikut aturan Perlembagaan, mengapa PAS sering menjatuhkan kerajaan ikut pintu belakang?

Mengapa sekarang mahu sebut tentang Perlembagaan, sedangkan selama ini PAS suka bermain kotor dan tidak mengikut cara Perlembagaan sebenar?

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1015442/hadi-mengaku-gerakkan-langkah-sheraton-calonkan-muhyiddin-sebagai-pm


Lebih baik PAS ikut sahaja saranan YDPA. Tunggu sahaja pilihan raya seterusnya.

Gunalah tempoh lima tahun ini fokus kepada masalah rakyat di negeri pemerintahan sendiri.

Di Kelantan, banyak isu rakyat diabaikan. Isu air tidak lagi selesai meskipun peruntukan diberikan kepada kerajaan Kelantan oleh kerajaan Pusat setiap tahun.

Apabila isu air kembali timbul, PAS menyalahkan kerajaan Pusat dan suruh rakyat gali telaga air sendiri.

Sedangkan PAS sendiri yang mengabaikan isu berkenaan bertahun-tahun dan gagal meningkatkan infrastruktur bekalan air di negeri berkenaan.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-air-kelantan-kerajaan-lulus-rm5212-juta-kepada-aksb-sejak-2021-455104

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1138284/air-bukan-isu-besar-orang-kelantan-boleh-gali-sendiri-telaga-mohd


PAS jangan cuba bermain naratif negatif dengan menyerang YDPA.

Saranan YDPA adalah penting bagi memastikan kestabilan dan kerjasama kerajaan serta pembangkang dalam membangunkan negara.

Kestabilan politik adalah prasyarat utama bagi pembangunan ekonomi dan sosial.

Namun, PAS membangkang saranan itu dan lebih suka melihat pembangunan negara terbantut.

Bagi PAS, bermain politik lebih penting daripada melihat kesejahteraan rakyat tercapai.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Mukhriz Wajar Disiasat