Posts

Showing posts with the label COMANGO

Berhati-Hati Dengan Agenda Liberal Parti Muda

Image
Datuk Ambiga Sreenavasan bukanlah suatu nama yang asing di Malaysia. Beliau merupakan seorang peguam dan mantan presiden Malaysian Bar. Beliau juga pernah menjadi bekas pengerusi badan bukan kerajaan, BERSIH , yang seringkali mendesak rakyat untuk berprotes menentang kerajaan. Beliau juga dilihat merupakan salah seorang penyokong kuat parti MUDA ketika PRN Johor Mac lalu. Tetapi tahukah anda, bahawa Ambiga ini sebenarnya mendokong nilai-nilai yang bertentangan dengan norma masyarakat Timur? Ini boleh dilihat dalam sokongan Ambiga kepada tuntutan Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) dalam Penilaian Berkala Sejagat (UPR) oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) di Geneva, Switzerland. Sumber: https://utaranews12.wordpress.com/2013/11/11/ambiga-penasihat-comangomarina-mahathir-nafi-terlibat/ Sebagai salah seorang daripada dalang desakan ini, COMANGO telah mendesak agar kerajaan Malaysia menghormati hak kebebasan beragama dan mengikiraf hak-hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (...