Berhati-Hati Dengan Agenda Liberal Parti Muda

Datuk Ambiga Sreenavasan bukanlah suatu nama yang asing di Malaysia. Beliau merupakan seorang peguam dan mantan presiden Malaysian Bar. Beliau juga pernah menjadi bekas pengerusi badan bukan kerajaan, BERSIH, yang seringkali mendesak rakyat untuk berprotes menentang kerajaan.

Beliau juga dilihat merupakan salah seorang penyokong kuat parti MUDA ketika PRN Johor Mac lalu.

Tetapi tahukah anda, bahawa Ambiga ini sebenarnya mendokong nilai-nilai yang bertentangan dengan norma masyarakat Timur?
Ini boleh dilihat dalam sokongan Ambiga kepada tuntutan Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) dalam Penilaian Berkala Sejagat (UPR) oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) di Geneva, Switzerland.

Sumber: https://utaranews12.wordpress.com/2013/11/11/ambiga-penasihat-comangomarina-mahathir-nafi-terlibat/

Sebagai salah seorang daripada dalang desakan ini, COMANGO telah mendesak agar kerajaan Malaysia menghormati hak kebebasan beragama dan mengikiraf hak-hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/COMANGO

Kalau anda tidak tahu, sebenarnya COMANGO ini telah difatwakan sebagan ancaman kepada Islam dan negara oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam. Ini bermaksud bahawa Majlis Fatwa juga berpendapat tuntutan yang dibawa Ambiga dan kuncu-kuncu beliau adalah tidak selari dengan cara hidup masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/02/14/comango-ancaman-hancurkan-islam--negara--majlis-fatwa

Walaupun Ambiga ini secara luarannya dilihat sebagai seorang yang patriotik menerusi aktivisme beliau menerusi BERSIH, hakikatnya Bersih ini pernah menerima dana daripada Open Society Foundation, sebuah badan yang diasaskan oleh George Soros.

Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2012/09/26/bersih-we-got-funds-only-once/

Tahukah anda bahawa Open Society Foundation ini juga telah menyalurkan wang untuk menyokong aktiviti pembelaan “hak asasi manusia dan aktiviti demokrasi” di Timur Tengah dan Afrika? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan terma-terma liberal ini? Kita sudah dapat melihat bahawa “hak asasi manusia” juga adalah satu slogan kegemaran COMANGO dan Ambiga.

Sebagai seorang liberal, Ambiga berani memperjuangkan isu seperti LGBT atas alasan dasar hak asasi manusia. LGBT bukan sahaja tidak diterima dalam Islam, malahan mana-mana agama besar di dunia.

Kalau semua perkara mahu diperjuangkan atas alasan hak asasi manusia, adalah lebih baik tiada undang-undang langsung di dunia ini. Sememangnya penggerak agenda liberal seperti Ambiga wajar ditentang habis-habisan.

Nampaknya, George Soros dan Ambiga ini sekepala dalam usaha menyebarkan dakyah Barat di negara kita ini. Sudah tentunya mereka gembira apabila ratusan ribu rakyat Malaysia berprotes di jalan-jalan raya saban tahun, sedangkan LGBT bukan budaya kita sebagai masyarakat Timur. Parti MUDA sahaja yang suka mempertahankan nilai-nilai Barat yang disokong Ambiga.
Anda ingat lagi isu ahli-ahli MUDA berkongsi minuman arak? Masih ingat apa kenyataan Syed Saddiq berhubung isu minum arak itu? Kenyataan dangkal Syed Saddiq jelas menunjukkan MUDA sememangnya berteraskan agenda liberal dan mahu menyalurkan doktrin itu kepada para penyokongnya.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia harus berhati-hati dengan trend liberal yang dibawa oleh Parti MUDA serta didokong oleh individu seperti Ambiga. Kita juga harus ingat bahawa sebelum ini Ambiga pernah disokong oleh George Soros. Agenda mereka ini akan memusnahkan negara kita jika mereka berkuasa.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Dua Tun dan Dana Haram UMNO

Penyatuan 'Tidak Ikhlas' Mahathir-PAS

Isteri Daim Culas Bayar Cukai Pendapatan