Posts

Showing posts with the label Pembangunan

Pembangunan Bangsa Bukan Terletak Pada ‘Kurang Ajar’

Image
Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd. Aziz baru-baru ini memuat naik ciapan di laman Twitter peribadinya tentang sajak karyawan terkemuka Malaysia, Usman Awang. Amira Aisya memetik kata-kata Usman Awang 'suatu bangsa tidak menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar'. Perkataan 'kurang ajar' dalam peradaban Melayu khususnya sangat besar konteksnya. Masyarakat Melayu amat menghargai nilai-nilai sopan santun dan adab. Bagi masyarakat Melayu, menunjukkan perilaku kurang sopan dianggap sebagai perbuatan buruk dan tidak bertanggungjawab. Sikap kurang agar terhadap orang lain akan mencetuskan konflik serta ketidakharmonian dalam masyarakat. Maka, atas dasar itu, masyarakat Melayu amat menegah sikap kurang ajar. Sumber: https://twitter.com/_amiraaisya/status/1626692142197362714 Pembangunan bangsa bukan sahaja berteraskan kepada sikap 'kurang ajar' yang dimaksudkan oleh Amira Aisya. Banyak lagi faktor penting yang mendorong kepa...